awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Alex Telles positif COVID-19

Astro Arena
Astro Arena
29/10/2020
03:33 MYT
Alex Telles positif COVID-19
Alex Telles ketika menjalani latihan sebelum perlawanan UCL kumpulan H antara Paris St Germain dan Manchester United di Parc des Princes, Paris, Perancis, 20 Okt, 2020. REUTERS/Fail
PERTAHANAN kiri Manchester United, Alex Telles, didapati positif ujian koronavirus, demikian disahkan pasukan itu awal pagi tadi.
Telles, yang menyertai United daripada Porto dengan yuran perpindahan dilaporkan bernilai £15.4 juta (RM83.1 juta) awal bulan ini, melakukan penampilan pertamanya ketika menewaskan Paris Saint-Germain (PSG) dalam Liga Juara-Juara Eropah minggu lalu.
Pemain berusia 27 tahun itu kini telah terlepas dua perlawanan, termasuk ketika pasukannya menewaskan RB Leipzig 5-0 di Old Trafford awal pagi tadi.
Pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer, mengesahkan selepas perlawanan itu bahawa Telles didapati positif COVID-19 tetapi dalam keadaan baik.
"Telles didapati positif koronavirus, jadi dia akan diketepikan selama beberapa hari," katanya dalam sidang media.
"Dia tidak mengalami sebarang gejala, jadi dia akan kembali sihat tidak lama lagi."
Dengan mengungguli carta Kumpulan H Liga Juara-Juara Eropah tetapi menduduki tangga ke-15 Liga Perdana Inggeris (EPL), United akan menantikan kunjungan Arsenal hujung minggu ini.
Ole confirms that Alex Telles has tested positive for COVID-19. We wish him a speedy recovery and a swift return to the group #MUFC pic.twitter.com/vrNAZLPScx
— Manchester United (@ManUtd) October 28, 2020
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kes positif
#koronavirus
#Manchester United
#yuran perpindahan
#Ole Gunnar Solskjaer
#Alex Telles
#gejala
#Juara-Juara Eropah
#Liga Perdana Inggeris
#EPL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan