Skip to main content

Malaysia

“Alhamdulillah, back home”, Anwar kembali ke rumah selepas jalani pembedahan

Perdana Menteri Rehat
Perkembangan itu dikongsikan Anwar menerusi hantaran di Threads hari ini dengan memuat naik gambar beliau sedang membaca buku berserta kapsyen ringkas, “Alhamdulillah, back home.” - Foto Threads @anwaribrahim_my
Advertisement

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali ke rumah beliau selepas selamat menjalani prosedur pembedahan laparoskopi secara elektif bagi merawat hernia perut atau para-umbilical hernia, pada Isnin (10 Ogos).

Perkembangan itu dikongsikan Anwar menerusi hantaran di Threads hari ini dengan memuat naik gambar beliau sedang membaca buku berserta kapsyen ringkas, “Alhamdulillah, back home.”

Ketua Pasukan Perubatan kepada Perdana Menteri, Datuk Dr Asri Ranga Abdullah Ramaiah pada Isnin berkata, prosedur berkenaan berjalan lancar di bawah kendalian pasukannya.

Katanya, Anwar menjalani rawatan fisioterapi serta berada di bawah pemantauan pasukan pakar perubatan bagi memastikan proses pemulihan berjalan dengan baik.

“Beliau kini sedang menjalani rawatan fisioterapi serta berada di bawah pemantauan pasukan pakar perubatan bagi memastikan proses pemulihan berjalan dengan baik,” katanya dalam kenyataan, di sini pada Isnin.

Bagaimanapun, kenyataan itu tidak menyebut lokasi prosedur pembedahan berkenaan dijalankan.

Dalam kenyataan sebelum ini, Anwar dilaporkan menjalani pemeriksaan serta prosedur yang ditetapkan pasukan pakar perubatan dan dijangka berada di bawah pemantauan selama dua hari.

Must Watch Video

Advertisement