Skip to main content

Politik

CSA bukan perkara baharu, saya mulakan – Ismail Sabri

Ismail Sabri (tiga dari kanan) bersama Mustafa (kiri) ketika program walkabout dan makan pagi di Durian Tunggal. - Foto Sinar Harian
Ismail Sabri (tiga dari kanan) bersama Mustafa (kiri) ketika program walkabout dan makan pagi di Durian Tunggal. - Foto Sinar Harian

Ringkasan AI

  • Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan Perjanjian Kepercayaan dan Perbekalan (CSA) telah diperkenalkan semasa pentadbirannya sebagai inisiatif kerjasama politik.
  • Beliau mencadangkan kerajaan kini boleh mendedahkan kandungan penuh CSA kepada rakyat untuk memastikan ketelusan perjanjian tersebut.
  • Ismail Sabri menekankan kepentingan penyatuan Melayu bagi mengukuhkan kekuatan politik dan mengelakkan perpecahan yang boleh melemahkan majoriti.
Advertisement

ALOR GAJAH: Kerjasama menerusi Perjanjian Kepercayaan dan Perbekalan (CSA) bukan perkara baharu dalam landskap politik negara, sebaliknya menjadi antara inisiatif yang diperkenalkan ketika pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, inisiatif CSA yang dimulakannya itu diharap dapat menjadi asas kepada pengukuhan kerjasama antara parti politik, khususnya di luar musim pilihan raya.

"CSA bukan perkara baharu, saya yang mulakan CSA dulu dan kalau boleh semua kena kerjasama sebenarnya.

Advertisement

"Kalau waktu pilihan raya bolehlah kita bertentang-bertentang, tapi luar daripada pilihan raya ini, tidak ada sebab kita nak teruskan permusuhan itu," katanya.

Beliau ditemui ketika program walkabout dan sarapan pagi bersama calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal, Datuk Dr Mustafa Musa, di sini hari ini.

Advertisement

Mengulas mengenai pendedahan kandungan CSA, Ismail Sabri berkata, kerajaan ketika ini boleh mengambil inisiatif untuk mendedahkan keseluruhan perjanjian berkenaan kepada rakyat.

"Kalau kerajaan hari ini nak dedahkan, boleh sajalah rakyat tengok apa yang terkandung di dalam perjanjian tersebut," katanya.

Dalam pada itu, bekas Naib Presiden UMNO itu berkata, perpecahan dalam kalangan orang Melayu boleh melemahkan kekuatan politik mereka meskipun mempunyai jumlah majoriti.

Menurutnya, usaha penyatuan Melayu perlu menjadi keutamaan bagi memastikan kekuatan politik mereka tidak terjejas akibat perpecahan.

"Sekarang apa yang kita buat, UMNO dengan Pas, sudah terang-terangan dan kita sebenarnya lebih kepada penyatuan Melayu.

"Itu yang penting, walaupun kita majoriti tapi kalau kita berpecah macam dulu, kita kalah. Tidak ada maknanya," katanya. -- Sinar Harian
 

Must Watch Video

Advertisement