KUALA LUMPUR: Aliran trafik di lebuh raya utama menuju ke Lembah Klang dilaporkan perlahan dan sesak setakat 5 petang ini, menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).
Jurucakap LLM ketika dihubungi Bernama berkata trafik perlahan sepanjang 23.9 kilometer di lebuh raya Kuala Lumpur-Karak dari Km 74.7 hingga ke Km 50.8 menghala ke Kuala Lumpur berikutan pertambahan kenderaan.
"Trafik turut perlahan dan sesak dari Genting Sempah menuju ke Plaza Tol Gombak akibat aliran trafik tinggi," katanya.
Beliau berkata aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dari utara menuju Lembah Klang juga perlahan dan sesak ditambah dengan keadaan cuaca yang hujan di beberapa tempat.
"Situasi sama juga berlaku dari arah selatan menuju ke Kuala Lumpur dan tiada lorong yang terhalang serta pengguna jalan raya dinasihatkan berhati-hati ketika memandu," katanya.
Sementara itu, LLM dalam hantaran menerusi laman sosial X memaklumkan terdapat kejadian banjir kilat di Km 19 dari susur Lebuhraya Persekutuan ke Bangsar dengan hanya satu lorong telah dibuka dan trafik dilaporkan perlahan.
Selain itu, trafik juga perlahan di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) arah utara dari Bandar Gamuda Cove ke Bandar Saujana Putra disebabkan aliran trafik tinggi dan cuaca hujan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 13 2023
Jurucakap LLM berkata trafik perlahan sepanjang 23.9 kilometer di lebuh raya Kuala Lumpur-Karak dari Km 74.7 hingga ke Km 50.8 menghala ke Kuala Lumpur berikutan pertambahan kenderaan. - Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
Suri rumah rugi RM130,000 selepas terperdaya tawaran kerja dalam talian
Seorang suri rumah berusia 50-an kerugian RM130,000 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran kerja sambilan dalam talian di sini pada awal November lepas.
Polis tahan lelaki terlibat kemalangan kereta yang tular di laman sosial
Seorang lelaki disyaki terbabit dalam kemalangan melibatkan dua kereta di Taman Sungkai Perdana, Sungkai, yang tular di laman sosial baru-baru ini telah ditahan polis hari ini.
Garis badai bawa ribut petir, hujan lebat punca banjir di KL - MetMalaysia
Banjir kilat di sekitar ibu negara pagi ini berpunca daripada pergerakan garis badai yang membawa bersama ribut petir dan hujan lebat.
Pempengaruh perlu jadi pembayar cukai, tunjuk contoh kepada masyarakat - LHDN
Pempengaruh (influencer) masih perlu menjadi pembayar cukai walaupun tidak menerima bayaran secara berkala seperti individu yang menerima pendapatan tetap setiap bulan.
Program larian disertai pelancong berpakaian tidak sopan bukan anjuran kerajaan Johor
Program larian yang didakwa disertai pelancong asing berpakaian kurang sopan dan mempromosi budaya songsang lesbian, gay, biseksual serta transgender (LGBT) bukan anjuran kerajaan negeri.
Lelaki rugi RM124,000 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Lelaki warga tempatan kerugian RM124,000 selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan menerusi laman sosial.
Hina Agong: Iswardy Morni diperintah bela diri
Mahkamah Sesyen memerintahkan seorang aktivis membela diri atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan menerusi laman sosial Facebook miliknya yang berbaur hasutan dan menghina Agong.
Umat Islam diajak hayati sambutan Maulidur Rasul, perbanyak selawat
Ahmad Zahid mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul 1446 Hijrah kepada semua umat Islam dan mengajak mereka menghayati nilai-nilai murni yang telah ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW.
Polis kesan taktik penipuan tawar diskaun bil elektrik di Facebook
Polis sedang mengesan satu sindiket menawarkan diskaun pembayaran bil Tenaga Nasional Berhad (TNB) tertunggak yang setakat ini telah mengakibatkan kerugian hampir RM280,000.
Sektor perkhidmatan kekal dominasi ekonomi Melaka - Ab Rauf
Sektor perkhidmatan kekal mendominasi ekonomi Melaka dengan menyumbang sebanyak 51.2 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri itu, kata Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.