Aliran trafik di lebuh raya utama negara bergerak lancar dan terkawal setakat 9 pagi ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi Bernama berkata aliran trafik menuju ibu negara dan tempat-tempat lain turut lancar.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik di lebuh raya lain termasuk Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2 juga lancar di kedua-dua arah.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.-- BERNAMA