awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rizab Antarabangsa BNM pada AS$126.9 bilion setakat 30 Jan, 2026
Bursa Malaysia ditutup tinggi berikutan belian kukuh saham mewah
Kementerian Digital rangka RUU Tadbir Urus AI, tangani ancaman deepfake - Gobind
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Terengganu rampas syabu RM6 juta dalam Toyota Vellfire

Bernama
Bernama
18/11/2024
14:25 MYT
Polis Terengganu rampas syabu RM6 juta dalam Toyota Vellfire
Mohd Khairi (tiga, kanan) bersama anggotanya menunjukkan dadah jenis syabu bernilai RM6 juta yang dirampas pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu, hari ini. - Gambar Bernama
BANDAR PERMAISURI: Polis merampas 200 kilogram (kg) dadah jenis syabu bernilai hampir RM6 juta yang dijumpai dalam kenderaan Toyota Vellfire di tepi jalan di Kampung Guntong Luar di sini Sabtu lepas.
Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata suspek meninggalkan kenderaan itu di tepi jalan berkenaan selepas terbabas, dipercayai ketika cuba melarikan diri daripada polis.
Beliau berkata terdahulu cawangan Unit Kereta Peronda Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu menerima maklumat mengenai sebuah Toyota Vellfire disyaki membawa dadah melalui jalan Persekutuan dari Kelantan ke arah Kuala Terengganu.
"Kenderaan berkenaan kemudian dikesan di Kampung Bintang di sini dan polis mengekorinya sejauh lima kilometer, namun akibat aliran trafik yang padat suspek dapat menghilangkan diri," katanya dalam sidang media di IPD Setiu di sini hari ini.
Mohd Khairi berkata akhirnya kenderaan itu ditemukan terbabas di jalan kecil di Kampung Guntong, dan pemeriksaan lanjut mendapati di dalamnya terdapat lapan guni putih disyaki mengandungi dadah jenis syabu.
Beliau berkata pihaknya giat mengesan suspek yang dipercayai lebih daripada seorang, dan semakan mendapati kenderaan itu menggunakan nombor pendaftaran palsu dan dadah berkenaan disyaki dibawa masuk dari negara jiran untuk pasaran Lembah Klang.
"Pada hari kejadian, polis telah menggunakan khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) untuk mengesan suspek namun gagal, dan sampel cap jari pada kenderaan telah diambil bagi siasatan lanjut," katanya sambil memaklumkan kes berkenaan membabitkan rampasan dadah terbesar di Terengganu tahun ini dan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dadah
#Toyota Vellfire
#aliran trafik
#Syabu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan