KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama setakat 9 malam ini masih perlahan berikutan pergerakan orang ramai sempena cuti panjang sambutan Tahun Baharu Cina, bermula hari ini.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi Bernama memaklumkan kenderaan bergerak perlahan menghala ke selatan dari Pedas/Linggi ke Simpang Ampat.
"Keadaan trafik turut dilaporkan perlahan ke arah utara dari Bandar Baharu ke Hentian Sebelah Sungai Bakap dan dari Tapah ke Gopeng," katanya.
Sementara itu, aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua-dua arah dilaporkan lancar.
Akaun rasmi X PLUS memaklumkan terdapat kemalangan di KM329.7 arah utara dari Bidor ke Tapah dengan lorong kiri terhalang dan trafik perlahan sepanjang 2.5 kilometer.
Selain itu, kemalangan turut dilaporkan berlaku di KM440.4 arah utara dari Rawang ke Sungai Buaya namun tiada lorong yang terhalang dan trafik terkawal.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman rasmi X PLUS di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman X LLM di www.twitter.com/llminfotrafik.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 10 2024
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi Bernama memaklumkan kenderaan bergerak perlahan menghala ke selatan dari Pedas/Linggi ke Simpang Ampat. Gambar Fail/Bernama
Kes cubaan bunuh digugur, keluarga mohon penjelasan AGC
Ahli keluarga kepada bekas anggota polis, Koperal Muhamad Khairul Syafiq Ahmad yang lumpuh selepas dilanggar sewaktu bertugas mengejar penjenayah meminta penjelasan Jabatan Peguam Negara (AGC) susulan kes cubaan membunuh dibawah Seksyen 307 kanun keseksaan digugurkan.
Mengambil manfaat daripada kisah lampau menerusi ziarah luar
Beberapa kepentingan Ziarah Luar termasuk mengambil pengajaran tentang sirah atau sejarah Rasulallah untuk dimanfaat secara bersama dalam konteks hari ini diterapkan semasa program Ziarah Luar yang dirangka Tabung Haji kepada petugas yang menjalankan operasi sempena musim haji tahun ini, 1445H/2024M.
Polis buru dua suspek kes tembak di Pasir Mas
Polis sedang memburu dua suspek disyaki terlibat dalam kes tembakan di Kampung Alor Pinggan, Gelang Mas, Kelantan pada awal pagi Sabtu.
Kedudukan Malaysia perlu dilihat secara menyeluruh
Laporan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang disiarkan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) mengenai kedudukan terkini Malaysia perlu dilihat dalam konteks yang menyeluruh.
MB zahir terima kasih atas komitmen PM bangunkan Kedah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan di atas kesediaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendengar dan meluluskan permintaan Kedah berkaitan projek-projek pembangunan di negeri ini.
PM arah TPM cari solusi tingkat pelajar TVET
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut meminta TPM, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mencari jalan penyelesaian dalam menangani kekurangan pelajar TVET bagi memeuhi permintaan industri berteknologi tinggi.
Masalah di Kedah selesai dalam tempoh dua bulan- PM
Kerajaan Persekutuan memberikan komitmen untuk menoktahkan masalah miskin tegar membabitlan 2,500 keluarga di negeri Kedah dalam tempoh dua bulan.
China padam impian Malaysia beraksi di pentas final
Hasrat Malaysia untuk menamatkan kemarau 32 tahun menjulang Piala Thomas tidak kesampaian apabila tewas kepada tuan rumah China, 1-3 dalam aksi suku akhir edisi 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 4 Mei 2024.
14 terkorban, banjir dan tanah runtuh di Sulawesi Selatan
Pasukan mencari dan menyelamat kebangsaan Indonesia (Basarnas) mengesahkan 14 terkorban susulan banjir dan tanah runtuh yang melanda Kabupaten Luwu di wilayah Sulawesi Selatan pada Jumaat.
Aliran trafik masih perlahan di lebuh raya utama malam ini
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama setakat 9 malam ini masih perlahan berikutan pergerakan orang ramai sempena cuti panjang sambutan Tahun Baharu Cina, bermula hari ini.
Aliran trafik meningkat di lebuh raya utama menjelang Tahun Baharu Cina
Aliran trafik meningkat di Permatang Pauh-Perai, Slim River-Sungkai, Setia Alam-Shah Alam dan Bandar Gamuda Cove-Bandar Saujana Putra.
2.5 juta kenderaan dijangka masuk Perak menjelang Tahun Baharu Cina
Lebih 2.5 juta kenderaan dijangka memasuki Perak melalui Lebuhraya Utara-Selatan dan jalan Persekutuan menjelang Tahun Baharu Cina ini.
PLUS aktifkan SmartLane di lokasi kritikal, bantu suraikan trafik pada musim cuti
Ia bagi membantu menyuraikan trafik yang dijangka meningkat hingga dua juta kenderaan sehari berikutan musim cuti sekolah dan sambutan Krismas serta tahun baharu.
Terowong TRX dibuka 29 Nov, kurangkan trafik ke bandar 30 peratus
Pembukaan terowong bawah tanah Tun Razak Exchange (TRX) sepanjang lima kilometer mulai 29 Nov ini dijangka mengurangkan trafik masuk ke pusat bandar sebanyak 30 peratus.
Deepavali: Trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama
Ia susulan ramai yang mengambil kesempatan pulang ke kampung halaman atau bercuti sempena perayaan Deepavali esok.
Deepavali: Syarikat konsesi diarah bersedia - LLM
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan berlaku peningkatan jumlah trafik di lebuh raya utama sehingga 2.3 juta sehari.
PLUS aktifkan SmartLane, atasi lonjakan trafik sempena Aidiladha
Kerja-kerja penyelenggaraan dihentikan sementara antara 24 Jun dan 3 Julai kecuali yang perlu disegerakan demi keselamatan pengguna.
Penutupan lorong di lebuh raya dilarang bermula esok
Semua kerja-kerja pembinaan dan penyenggaraan yang melibatkan penutupan lorong lebuh raya dilarang selama sembilan hari berkuat kuasa esok.
58 kematian setakat empat hari Op Selamat 19
Sebanyak 52 kemalangan maut melibatkan 58 kematian direkodkan di seluruh negara setakat empat hari pelaksanaan Op Selamat 19 sempena Tahun Baharu Cina.