awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

58 kematian setakat empat hari Op Selamat 19

Bernama
Bernama
22/01/2023
14:26 MYT
58 kematian setakat empat hari Op Selamat 19
Sebanyak 52 kemalangan maut melibatkan 58 kematian direkodkan di seluruh negara setakat empat hari pelaksanaan Op Selamat 19 sempena Tahun Baharu Cina. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebanyak 52 kemalangan maut melibatkan 58 kematian direkodkan di seluruh negara setakat empat hari pelaksanaan Op Selamat 19 sempena Tahun Baharu Cina.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman DCP Mohd Nasri Omar berkata daripada jumlah kematian itu, 38 membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal, pemandu dan penumpang kereta (14), pemandu dan penumpang lori (tiga), pejalan kaki (dua) serta satu pemandu jip.
"Seramai 33 individu dilaporkan cedera parah manakala 250 lagi cedera ringan," katanya dalam kenyataan di sini malam ini.
Mengenai jumlah keseluruhan kemalangan, Mohd Nasri berkata 7,180 kes direkodkan yang melibatkan 9,198 kenderaan dan 9,653 saman atas enam kesalahan lalu lintas utama dikeluarkan.
Menurutnya kesalahan paling banyak adalah melanggar lampu isyarat iaitu 3,250 saman, memandu melebihi had laju (2,785) dan menggunakan telefon bimbit semasa memandu (1,316).
"Selain itu, 1,183 saman dikeluarkan atas kesalahan memotong barisan, memotong di garisan berkembar (692) dan memandu di lorong kecemasan (427)," katanya sambil menasihatkan pengguna jalan raya sentiasa peka semasa pemanduan bagi mengelak risiko kemalangan.
Op Selamat 19 dilaksanakan 10 hari mulai Rabu lepas hingga 27 Jan ini secara serentak di seluruh negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Op Selamat 19
#kemalangan
#Tahun Baharu Cina
#trafik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan