awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aliran trafik semakin sesak, kemalangan di beberapa kawasan

Sinar Harian
Sinar Harian
13/04/2024
10:00 MYT
Aliran trafik semakin sesak, kemalangan di beberapa kawasan
PLUS Trafik melaporkan aliran trafik sesak selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar setakat jam 4.50 petang. -Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama semakin sesak setakat jam 5 petang, Sabtu susulan peningkatan warga kota yang mula kembali ke bandar.
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menerusi Aplikasi X, PLUS Trafik melaporkan, aliran trafik sesak selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar setakat jam 4.50 petang.
Aliran trafik perlahan dan semakin tinggi dari kedua-dua arah utara iaitu dari Pagoh ke Yong Peng Utara sekitar jam 4 petang.
Pada masa sama, pengguna lebuh raya berkenaan diminta merancang perjalanan masing-masing disebabkan trafik mula perlahan arah selatan dari Yong Peng Selatan ke Ayer Hitam, Simpang Renggam ke Sedenak dan arah utara dari Sedenak ke Simpang Renggam.
Trafik turut perlahan arah utara dari Bukit Gambir menuju ke Jasin, Ayer Keroh ke Pedas Linggi dan dari Pedas Linggi menuju Port Dickson Utara.
Selain itu, PLUS Trafik memaklumkan beberapa kawasan mengalami kemalangan yang boleh mengakibatkan kesesakan lalu lintas seperti dari Kepala Batas ke Hutan Kampung dan dari Pagoh ke Yong Peng Utara.
Bagaimanapun, kemalangan tersebut tidak melibatkan lorong di lebuh raya terhalang, namun aliran trafik mula perlahan.
Aliran trafik juga perlahan disebabkan lorong kiri terhalang kerana lori rosak di arah utara dari Kota Damansara ke Bukit Lanjan, namun keadaan trafik masih lagi terkawal. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#aliran trafik sesak
#Aidilfitri
#PLUS
#Plaza Tol Sungai Besi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan