KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa kawasan di lebuh raya utama terutama yang menuju ke Lembah Klang tinggi setakat 10 malam ini.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata dari utara, antara yang terlibat ialah Pendang menuju kawasan Rehat dan Rawat (RNR) Gurun di Kedah sepanjang 21 kilometer dan Sungai Petani ke Bertam di Pulau Pinang sejauh 18.3 kilometer.
"Menuju ke utara pula, aliran trafik tinggi dari RNR Gurun ke Pendang sejauh 22 kilometer, Plaza Tol Sungai Dua, Pulau Pinang ke Sungai Petani, Kedah (12.4 kilometer) dan dari Kuala Kangsar, Perak ke Bukit Berapit, Pulau Pinang (empat kilometer)," katanya kepada Bernama malam ini.
Bagi Pantai Timur pula, trafik tinggi di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak iaitu dari Bentong Timur ke Plaza Tol Bentong, Pahang sejauh dua kilometer, Plaza Tol Bentong menuju Bukit Tinggi (14.7 kilometer), Genting Sempah ke terowong sejauh 2.6 kilometer dan laluan sebelum Plaza Tol Gombak sepanjang 2.7 kilometer.
Laluan dari selatan pula menyaksikan aliran trafik perlahan akibat kemalangan di Kilometer 253 arah utara dari Pedas Linggi ke Senawang.
Aliran trafik juga tinggi ke arah selatan dari Hentian Kulai menuju susur keluar Kulai sepanjang 8.9 kilometer.
Tol percuma di Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Pantai Timur yang bermula tengah malam semalam akan berakhir pada 11.59 malam ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 08 2022
Aliran trafik di beberapa kawasan di lebuh raya utama terutama yang menuju ke Lembah Klang tinggi setakat 10 malam ini. - Gambar fail/BERNAMA
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Polis Terengganu rampas syabu RM6 juta dalam Toyota Vellfire
Polis merampas 200 kilogram (kg) dadah jenis syabu bernilai hampir RM6 juta yang dijumpai dalam kenderaan Toyota Vellfire di tepi jalan di Kampung Guntong Luar di sini Sabtu lepas.
Aliran trafik di lebuh raya utama menuju Lembah Klang terkawal pagi ini
Aliran trafik di lebuh raya utama menghala ke Lembah Klang terkawal namun jumlah kenderaan dijangka meningkat menjelang tengah hari.
Deepavali: Aliran trafik terkawal, kenderaan bertambah di lebuh raya utama pagi ini
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan terkawal walaupun jumlah kenderaan bertambah setakat 9 pagi ini, menjelang sambutan Deepavali esok.
Hari Kebangsaan: Pengunjung diminta patuh peraturan, jaga disiplin
Orang ramai yang hadir memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Dataran Putrajaya Sabtu ini diingatkan agar sentiasa mematuhi peraturan dan menjaga tingkah laku sepanjang majlis berlangsung.
Projek lebar lebuh raya di Johor tidak ganggu aliran trafik
Dua lorong sedia ada di kedua-dua laluan lebuh raya tersebut masih dibuka walaupun projek naik taraf sedang dijalankan.
Aliran trafik perlahan di lebuh raya utama malam ini
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan perlahan menuju ke Lembah Klang susulan pergerakan pulang orang ramai selepas sambutan Aidiladha.
Aliran trafik lancar di lebuh raya utama malam ini
Aliran trafik di lebuh raya utama seluruh negara dilaporkan lancarmenjelang perayaan Aidiladha yang disambut esok.
Aidiladha: Trafik di Gua Musang hala ke Kota Bharu lancar - Polis
Aliran trafik di bandar Gua Musang menghala Kota Bharu dilaporkan lancar meskipun orang ramai pulang sempena Aidiladha, esok.
Aidiladha: Pasar Besar Siti Khadijah sesak, ramai beli keperluan saat akhir, trafik lancar
Orang ramai mula memasuki perkarangan pasar seawal 7 pagi untuk membeli bahan mentah.
Aliran trafik terkawal, smartlane dibuka lancarkan perjalanan
Aliran trafik di lebuh raya utama menghala keluar dari Lembah Klang terkawal pagi ini susulan warga kota pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidiladha, esok.