awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Allahyarham tegas tetapi penyayang - Anak Ahmad Rejal Arbee

Faida Rahim
Faida Rahim
29/03/2024
03:55 MYT
Allahyarham tegas tetapi penyayang - Anak Ahmad Rejal Arbee
Rejaie Arbee, berkata dia dan ahli keluarga yang lain masih terkejut dengan pemergian Allahyarham awal pagi tadi.
KUALA LUMPUR: Anak kepada Tokoh Wartawan Negara 2014, Datuk Ahmad Rejal Arbee Mahmud Isa Arbee, menyifatkan Allahyarham bapanya sebagai seorang yang tegas tetapi penyayang terhadap anak-anak.
Rejaie Arbee ketika ditemui Astro AWANI, berkata dia dan ahli keluarga yang lain masih terkejut dengan pemergian Allahyarham awal pagi tadi.
“Dia tegas dengan anak-anak tetapi seorang yang ambil berat dengan kami. Kami masih nak sesuaikan diri dengan berita ini.
“Arwah masuk hospital minggu lepas dari hari Jumaat.
“Arwah tidak ada sakit apa-apa (yang serius)... (hanya) sakit tua… lagi-lagi bila Raya akan tiba tak lama lagi. Itu membuatkan kami sekeluarga amat terasa kehilangannya. Memang lain kali ini,” katanya dalam nada sebak ketika ditemui di Masjid Seksyen 7 Shah Alam.
AWANI Ringkas: Perginya Tokoh Wartawan Negara 2014
Allahyarham meninggal dunia kira-kira jam 2 pagi tadi. Solat jenazah diadakan di Masjid Seksyen 7 Shah Alam kira-kira jam 10 pagi tadi dan Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21 Shah Alam pada jam 11.15 pagi.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Datin Noraini Shariff dan tujuh cahaya mata.
Ahmad Rejal dinobatkan sebagai Tokoh Wartawan Negara 2014 sempena majlis Penganugerahan Tokoh Wartawan Negara dan Hadiah Kewartawanan Malaysia Institut Akhbar Malaysia (MPI)-Petronas 2014 sebagai menghargai sumbangan cemerlang wartawan veteran itu dalam bidang penulisan dan kewartawanan tanah air.
Allahyarham pernah memegang jawatan sebagai bekas Pengarang Kumpulan Berita Harian (BH) bermula 1998 hingga 2003.
Allahyarham juga merupakan bekas Ketua Pengarang BERNAMA.
Topic Berkaitan
#Rejal Arbee
#meninggal dunia
#tokoh wartawan
#pengebumian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan