Alphabet syarikat ke-4 di dunia capai nilai pasaran AS$4 trilion

Google kini dilihat mempunyai kedudukan dan kelebihan strategik dalam arena AI, daripada keupayaan pembangunan model baharu, akses kepada data, sokongan infrastruktur dan sokongan cip yang dibangunkan sendiri.
ALPHABET, syarikat di sebalik Google, hari ini memperlihatkan peningkatan nilai sahamnya yang didagangkan harian, sekali gus melihat syarikat berkenaan mencapai nilai AS$4 trilion.
Ini menjadikan Alphabet sebagai syarikat ke-4 di dunia yang mencapai nilai pasaran AS$4 trilion.
Sebelum ini, antara syarikat yang telah mencatatkan nilai pasaran AS$4 trilion adalah NVIDIA, Microsoft dan Apple.
Namun, kebelakangan ini, nilai saham Alphabet naik mendadak selari keupayaannya dalam arena kecerdasan buatan (AI), sekali gus menjadikan ia kini syarikat ke-2 paling bernilai di dunia hanya di belakang NVIDIA.
Peningkatan nilai saham hari ini berlaku selari pengumuman kerjasama Google dan Apple, di mana model berasaskan Google Gemini akan menjadi model asas untuk Apple.
Google kini dilihat mempunyai kedudukan dan kelebihan strategik dalam arena AI, daripada keupayaan pembangunan model baharu, akses kepada data, sokongan infrastruktur dan juga sokongan cip yang dibangunkan sendiri.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


