KUALA LUMPUR:Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) akan menganjurkan IIUM Alumni Day Home Coming Webinar sempena IIUM Alumni Day pada 10 Oktober ini.
Ia merupakan satu apresiasi dalam memperkasakan jalinan ukhwah antara bekas pelajar universiti tersebut dari 125 buah negara di seluruh dunia.
Menurut Pengarah Bahagian Perhubungan Alumni UIAM, Prof Madya Dr Azam Othman, webinar tersebut sekali gus menjadi platform yang dapat mewujudkan perkongsian dan pertukaran idea sesama alumni.
"Alumni, satu pengiktirafan institusi pengajian kepada graduan, menjadi tuntas kepada hubungan lebih erat dan kekal.
"Lantas, alumni turut menjadi salah satu kelompok penggerak, pemacu dan duta dalam mengarus-perdanakan pembangunan dan kelestarian sesuatu universiti, khususnya UIAM," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Webinar atau seminar dalam talian tersebut akan dipengerusikan Rektor UIAM Prof Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak.
Ia akan dikendalikan moderator bersama, peguamcara/peguambela Ainur Rabiatuadawiyah Hassim dan Dekan Pusat Pengajian Pascasiswazah Prof Dr Ida Madieha Abdul Ghani Azmi.
Lima ahli panel yang akan membincangkan tajuk 'Alumni UIAM Pembawa Obor Umat' terdiri daripada Bekas Duta Besar Bosnia/Herzegovina di Malaysia Dr Emir Hadzikadunic, Pengerusi Malaysia Digital Economy Corporation Datuk Dr Rais Hussin dan Pengerusi Persatuan Alumni UIAM Khalek Awang.
Dua ahli panel lain ialah Presiden Persatuan Alumni UIAM cawangan Nigeria Dr Adam Abba Idris dan bekas ketua pegawai eksekutif MIMOS Berhad Emilia Matrahah.
Tetamu jemputan pula, bekas rektor UIAM Prof Emeritus Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan.
Dalam pada itu, Azam berkata, alumni UIAM serta mereka yang berkelapangan dijemput turut serta dalam webinar pada jam 2 petang Sabtu ini.
"Webinar ini mampu merejuvenasi jalinan ukhwah serta mengimbau kenangan manis di universiti," katanya sambil turut mempelawa alumni UIAM yang masih belum mendaftar diri dalam portal alumni supaya berbuat demikian.
"Banyak kelebihan yang akan dinikmati termasuk kad Touch n Go alumni serta penggunaan perpustakaan dan kemudahan di dalam UIAM pada kadar harga istimewa," tambahnya.
Webinar turut boleh disaksikan melalui pautan:
Zoom: https://iium.zoom.us/j/97275745355?pwd=NTl4UFRVOUxHUzBaWDRYNE9VbEVudz09
ID: 972 7574 5355
Passcode: 249843
Astro Awani
Wed Oct 07 2020
Alumni UIAM serta mereka yang berkelapangan dijemput turut serta dalam webinar pada jam 2 petang Sabtu ini. - Gambar fail
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
Alumni UIAM santuni mahasiswa terkesan COVID-19
Beberapa aktiviti dijalankan bagi membantu memastikan kebajikan mahasiswa terus terjaga sepanjang bulan Ramadan ini.
Alumni UIAM dijemput sertai webinar perkongsian idea
Ia merupakan satu apresiasi dalam memperkasakan jalinan ukhwah antara bekas pelajar universiti tersebut dari 125 buah negara di seluruh dunia.
Maszlee pernah bantah elemen politik di universiti - Gerak
Faisal mewikili Gerak mempersoal mengapa Maszlee bersetuju menyandang jawatan sebagai Presiden UIAM, sekaligus bertentangan dengan janjinya sebelum ini.
Utamakan prinsip Islam dalam kajian Melayu - TPM
Prinsip Islam perlu diterap dan diutamakan dalam setiap elemen kajian dunia Melayu.
Bakal majikan akan nilai akaun media sosial anda sebelum ditawarkan kerja - Kaunselor
Kaunselor Kanan UIAM, Saiful Redza, berkata beberapa majikan akan menilai akaun Facebook calon pekerja sebelum mereka ditawarkan kerja.