awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Alumni UIAM terlibat misi kemanusiaan kongsi pengalaman

Astro Awani
Astro Awani
17/12/2020
04:43 MYT
Alumni UIAM terlibat misi kemanusiaan kongsi pengalaman
Bahagian Perhubungan Alumni UIAM terpanggil berkongsi kejayaan yang telah dikecapi alumni menerusi penglibatan mereka dalam misi kemanusiaan di dalam dan luar negara. - Foto Facebook IIUM
KUALA LUMPUR:Satu webinar bertajuk 'Mencari erti Kemanusiaan: Sumbangan Alumni UIAM dalam Pembangunan Kapasiti dan Pembangunan Lestari' akan berlangsung pada hujung minggu ini.
Program anjuran Bahagian Perhubungan Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak ini akan diadakan pada Ahad, 20 Dis, bermula jam 2.30 petang.
Orang ramai khususnya alumni UIAM, pelajar universiti, aktivis misi kemanusiaan serta aktivis masyarakat adalah dijemput untuk menyertai program ini.
"Objektif webinar ini adalah untuk mendidik nilai-nilai kemanusiaan dan memberi lebih kefahaman dalam kalangan pelajar, dan masyarakat Malaysia umumnya, mengenai kepentingan penglibatan secara individu atau berkumpulan di dalam aktiviti kemasyarakatan.
"Pihak kami juga terpanggil untuk berkongsi kejayaan yang telah dikecapi Alumni UIAM menerusi penglibatan mereka dalam misi kemanusiaan, sama ada di dalam atau di luar negara.
"Kami juga berharap dengan adanya webinar ini dapat memberi kesedaran dan dorongan kepada belia untuk melibatkan diri dalam misi kemanusiaan dan pembangunan lestari," menurut kenyataan dikeluarkan Bahagian Perhubungan Alumni UIAM.
Panelis yang akan membincangkan tajuk ini terdiri daripada alumni UIAM yang terbabit secara langsung dengan misi kemanusiaan.
Mereka terdiri daripada Syarifah Norizah Syed Ahamad Kabeer, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Asian Youth Network Resources; Kolonel Dr Mohd Arshil Moideen, Pakar Kesihatan Awam, Bahagian Perkhidmatan Kesihatan, Angkatan Tentera Malaysia; Ahmad Fahmi Mohd Samsudin, CEO Global Peace Mission merangkap Naib Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Dr Shahrizal Azwan Samsudin, Setiausaha Agung, Malaysian Relief Agency.
Webinar akan dikendalikan melalui platform Zoom.
Semua dijemput untuk turut serta.
Topic Berkaitan
#Islam
#pelajar
#Belia
#misi kemanusiaan
#alumni UIAM
#UIAM
#bekas pelajar
#aktivis kemanusiaan
#Alumni
#webinar
#aktiviti kemasyarakatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan