KUALA LUMPUR:Tidak menjadi kewajipan untuk kerajaan mengundurkan diri sekiranya Belanjawan 2021 yang sedang dibahaskan tidak diluluskan di Dewan Rakyat, hari ini.
Pensyarah Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik, Universiti Malaya, Dr Mohammad Tawfik Yaakub, berkata konvensyen yang diamalkan di Malaysia tidak mengikat kerajaan untuk berbuat demikian.
Sebaliknya, apa yang perlu dilakukan adalah Parlimen membenarkan usul undi tidak percaya dibahas di Dewan Rakyat untuk menentukan keabsahan kerajaan.
"Selain menguruskan pentadbiran negara, perlu membawa satu undi tidak percaya di Dewan Rakyat bagi memastikan keabsahan kerajaan sedia ada.
"Ini penting kerana kalau Belanjawan itu ditolak, ini menggambarkan bahawa kerajaan sedia ada sedang bergelut dengan keabsahan.
"Maka langkah terbaik lakukan dengan formaliti iaitu kemukakan usul tidak percaya, dan pihak Parlimen perlu dengan terbuka di sidang Dewan Rakyat (dan) menerima usul yang dikemukakan oleh ahli Parlimen untuk dibaca, dibentangkan dan dibahaskan bagi memastikan wujud keabsahan kerajaan yang sedang memerintah," katanya kepada Astro AWANI, di sini pada Khamis.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada kerajaan secara automatik akan hilang kuasa sekiranya Belanjawan 2021 tidak diluluskan, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata istilah Belanjawan Interim juga tidak wujud dalam Perlembagaan Negara.
Bagaimanapun, beliau menjelaskan Perdana Menteri boleh mengesyorkan supaya Dewan Rakyat digantung atau prorog, jika Belanjawan 2021 tidak mendapat sokongan penuh.
"Perdana Menteri (juga) jika diberikan perkenan oleh Yang di-Pertuan Agong untuk prorog sidang Dewan Rakyat. Maka pilihan yang ada ini boleh digunakan, namun saya sebenarnya tidak bersetuju dengan istilah bajet interim, (kerana ia) tidak ada dalam Perlembagaan.
"Apa yang ada adalah ruang yang dibenarkan mengikut Perkara 102 Perlembagaan, untuk menguruskan perbelanjaan dari aspek membayar gaji kakitangan awam dan pesara, itu yang sebenarnya ada.
"Kita perlu lihat bahawa tindakan perlu dilakukan oleh kerajaan yang mentadbir sekarang selepas keputusan (undi Belanjawan 2021) berjaya diperoleh petang ini," katanya lagi.
BACA: Belanjawan 2021: Dewan Rakyat lanjut sidang hingga semua kementerian selesai penggulungan
Selain prorog Dewan Rakyat, beliau menambah Perdana Menteri boleh memohon kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen atau mencadangkan untuk melantik Perdana Menteri baharu.
Pengundian meluluskan Belanjawan 2021 pada peringkat dasar berlangsung hari ini selepas penggulungan oleh Kementerian Kewangan.
Hasimi Muhamad
Thu Nov 26 2020
Selain prorog Dewan Rakyat, Perdana Menteri boleh memohon kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen atau mencadangkan untuk melantik Perdana Menteri baharu. - Gambar fail/BERNAMA
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Titah Adendum: Anwar serah kepada Agong isu Najib
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan mengemukakan isu Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipertimbangkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Pengerusi Lembaga Pengampunan.
Dr Zaliha nafi buat kenyataan media berhubung titah adendum pengampunan Najib
Katanya, kenyataan media yang tular itu adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan olehnya.
Tahanan rumah: Najib mohon masukkan bukti baharu
Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan Mahkamah Rayuan bahawa pihaknya telah memfailkan permohonan untuk memasukkan bukti baharu berhubung kewujudan titah adendum.
TEKS PENUH: Titah Diraja YDPA Agong sempena Istiadat Pemasyhuran Canselor dan Konvokesyen Ke-14
"Jika penderaan terus berlaku, saya tidak mahu nama saya dikaitkan dengan universiti ini lagi. Panglima dan Komandan juga mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan kerana gagal menjalankan amanah"
Hentikan serta-merta budaya dera di UPNM - Sultan Ibrahim
Jika penderaan terus berlaku, Sultan Ibrahim enggan nama baginda dikaitkan dengan universiti itu lagi selain Panglima dan komandan mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan.
Agong berkenan terima menghadap Perdana Menteri Timor-Leste
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Timor-Leste Kay Rala Xanana Gusmao di Istana Negara.
Agong doakan keselamatan mangsa banjir
Yang di-Pertuan Agong menitipkan doa agar semua mangsa banjir yang terjejas di tujuh negeri diberikan perlindungan, ketabahan serta kesabaran oleh Allah SWT.
Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga
Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda.
Lantikan Mohd Dusuki ikut lunas undang-undang, selaras Perlembagaan - Fahmi
Lantikan itu juga selepas mengambil kira pengalaman luas Mohd Dusuki dalam bidang pendakwaan dan perundangan di Jabatan Peguam Negara.
Graduan jangan memilih kerja, elak jadi penganggur terhormat - Sultan Ibrahim
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah mengingatkan para graduan agar tidak bersikap terlalu memilih kerja dan segera merebut peluang ada.