KITA biasa dengar jenis makanan yang baik untuk perkembangan otak. Apa kata, kali ini kita ambil tahu pula jenis makanan tidak berkhasiat yang boleh memberikan kesan negatif kepada otak, khususnya memori otak.
Apakah makanan tersebut? Ikuti perkongsian yang dikongsi ini.
1. Minuman bergula
Minuman bergula seperti minuman bergas, minuman sukan, minuman tenaga dan juga jus buah.
Pengambilan minuman bergula yang tinggi bukan sahaja menambahkan berat badan dan meningkatkan risiko penyakit jantung, malah ia juga boleh memberi kesan negatif pada otak anda.
Pengambilan minuman bergula yang berlebihan juga meningkatkan kemungkinan seseorang untuk menghidap diabetes jenis 2, sekali gus meninggikan risiko penyakit Alzheimer.
Selain itu, kadar gula dalam darah yang lebih tinggi dapat meningkatkan risiko demensia, walaupun dalam kalangan mereka yang tidak menghidap diabetes.
Anda mungkin perlu mula menggantikan minuman bergula dengan minuman yang lebih sihat seperti air kosong, teh ais tanpa gula, jus sayuran dan produk tenusu tanpa gula.
2. Makanan tidak berkhasiat: Karbohidrat halus
Karbohidrat halus termasuklah makanan seperti gula dan biji-bijian yang diproses, seperti tepung putih.
Karbohidrat jenis ini umumnya mempunyai indeks glisemik (GI) yang tinggi.
Ini bermaksud tubuh anda mencernanya dengan cepat, menyebabkan peningkatan kadar gula darah dan insulin anda secara mendadak.
Selain itu, apabila dimakan dalam jumlah yang lebih banyak, makanan tidak berkhasiat ini sering kali mempunyai beban glisemik (GL) yang tinggi.
GL merujuk kepada seberapa banyak makanan yang meningkatkan kadar gula darah anda, berdasarkan saiz hidangan.
Makanan yang tinggi GI dan GL didapati boleh merosakkan fungsi otak.
Kajian telah menunjukkan bahawa hanya dengan satu hidangan yang mempunyai beban glisemik yang tinggi, ia boleh merosakkan ingatan pada kanak-kanak dan juga orang dewasa.
Satu lagi kajian yang dijalankan dalam kalangan pelajar universiti yang sihat mendapati, mereka yang mempunyai pengambilan lemak dan gula halus yang lebih tinggi juga mempunyai memori otak yang kurang baik.
3. Ikan yang tinggi dengan kandungan merkuri
Merkuri adalah bahan cemar logam berat dan racun neurologi yang dapat disimpan dalam masa yang lama dalam tisu haiwan.
Ikan pemangsa yang berumur panjang sangat terdedah dalam pengumpulan merkuri dan dapat membawa lebih daripada satu juta kali kepekatan merkuri berbanding air di sekitarnya.
Sumber pengambilan utama merkuri pada manusia adalah daripada makanan laut, terutama jenis hidupan laut liar.
Setelah seseorang itu mencerna merkuri, ia akan menyebar ke seluruh badan mereka, tertumpu pada ahagian otak, hati dan juga buah pinggang.
Kesan ketoksikan merkuri termasuklah gangguan pada sistem saraf pusat dan 'neurotransmitter' selain rangsangan neurotoksin, yang mengakibatkan kerosakan pada otak.
Ini boleh menyebabkan kelumpuhan serebrum (cerebral palsy) dan gangguan perkembangan lain.
Namun, kebanyakan ikan tidak mengandungi kandungan merkuri yang terlalu tinggi. Malah, ikan adalah sumber protein berkualiti tinggi dan mengandungi banyak nutrien penting, seperti omega-3, vitamin B12, zink, zat besi dan magnesium.
Oleh itu, penting untuk anda memasukkan ikan sebagai sebahagian daripada diet yang sihat.
Wanita hamil dan juga kanak-kanak perlu mengelakkan pengambilan ikan dengan kadar merkuri tinggi, seperti ikan yu, ikan todak dan ikan tuna.
4. Makanan tidak berkhasiat: Makanan yang diproses
Makanan yang diproses tinggi dengan kandungan gula, lemak dan garam tambahan.
Satu kajian yang dijalankan terhadap 243 individu mendapati, peningkatan lemak di sekitar organ, atau lemak viseral, dikaitkan dengan kerosakan tisu otak.
Kajian lain yang merangkumi 18,080 individu pula mendapati bahawa diet yang tinggi dengan makanan bergoreng dan daging yang diproses dikaitkan dengan skor pembelajaran dan ingatan yang lebih rendah.
Hasil yang sama juga didapati dalam kajian berskala besar lain terhadap 5,038 individu.
Diet yang tinggi dengan pengambilan daging merah, daging diproses, kacang panggang dan makanan bergoreng dikaitkan dengan keradangan dan penurunan kemahiran penaakulan yang lebih cepat dalam tempoh 10 tahun.
Anda boleh mengelakkan makanan yang diproses dengan mengambil makanan segar seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kacang-kacangan, biji-bijian, daging dan juga ikan.
Selain itu, diet Mediterranean terbukti melindungi otak anda daripada penurunan fungsi kognitif dan memori otak.
5. Makanan tinggi lemak trans
Kajian mendapati, apabila seseorang individu mengambil lemak trans dalam jumlah yang lebih tinggi, mereka cenderung untuk mempunyai risiko peningkatan penyakit Alzheimer.
Selain itu, mereka juga cenderung mengalami ingatan yang lebih buruk, jumlah otak yang lebih rendah dan penurunan kognitif.
Walau bagaimanapun, beberapa kajian tidak menemui kaitan antara pengambilan lemak trans dan kesihatan otak.
Namun, lemak trans harus dielakkan. Ia mempunyai kesan negatif pada banyak aspek kesihatan lain, termasuk kesihatan jantung dan penyebab keradangan.
Satu kajian terhadap 38 wanita mendapati bahawa mereka yang mengambil lebih banyak lemak tepu berbanding lemak tidak tepu menunjukkan prestasi yang lebih buruk berkenaan memori otak mereka.
Oleh itu, nisbah lemak relatif dalam makanan adalah faktor yang penting, bukan hanya jenis lemak itu sahaja.
Sebagai contoh, diet yang tinggi asid lemak omega-3 didapati membantu melindungi otak daripada penurunan fungsi kognitif.
Omega-3 meningkatkan rembesan sebatian antiradang di otak dan boleh memberi kesan perlindungan, terutama terhadap individu yang lebih tua.
Anda boleh meningkatkan jumlah lemak omega-3 dengan makan ikan, biji chia, dan kacang walnut.
Kesimpulan:
Sebolehnya, elakkan daripada mengambil makanan-makanan seperti yang dinyatakan di atas ini untuk menguatkan kembali fungsi otak anak
* Artikel asal disiarkan di Pa&Ma.
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!
Pa and Ma
Sun Jan 23 2022
Diet Mediterranean terbukti melindungi otak anda daripada penurunan fungsi kognitif dan memori otak. - Foto Pa&Ma
Kelantan Darul Naim FC, GTR Burger jalin kerjasama pintar
Menurut kelab itu, pihak pengurusan KDN FC diwakili presidennya, Rozi Muhamad manakala GTR Burger pula pengerusinya, Nordin Mat.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [17 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry
- KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
- Pokok tumbang hempap 2 kereta, pemandu ditemui selamat
- Dr Dzulkefly arah tempat segera doktor pelatih ke hospital
#AWANInews #AWANIPagi
- KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
- Pokok tumbang hempap 2 kereta, pemandu ditemui selamat
- Dr Dzulkefly arah tempat segera doktor pelatih ke hospital
#AWANInews #AWANIPagi
Tinjauan NHMS mendapati 10% rakyat Malaysia tidak dapatkan rawatan atas faktor kewangan
Sebanyak 12.9% melaporkan bahawa ia adalah kerana rawatan terlalu mahal, tidak mampu dibeli, atau kerana kekurangan wang.
Haji: Seramai 5,790 jemaah Malaysia telah tiba di Tanah Suci
Sehingga semalam, 5,790 orang daripada 31,600 jemaah haji Malaysia yang dapat tawaran selamat tiba di Mekah dan Madinah.
Banjir kilat melanda beberapa kawasan di Perak
106 mangsa banjir dipindahkan ke lima PPS susulan hujan lebat malam tadi di Perak. Credit: JBPM Perak
Banjir kilat di Kulim dan Bandar Baharu
Seramai 133 mangsa banjir kilat dipindahkan ke dua PPS yang diaktifkan di Kedah. - Credit APM Kedah
Seorang maut, nahas tiga lori di Lebuhraya PLUS, laluan arah selatan terhalang
Ekoran kemalangan itu, sebuah lori melintangi jalan dan semua lorong terhalang, menyebabkan aliran trafik terhenti sepanjang 13 kilometer.
Banjir kilat: 133 mangsa dipindahkan ke dua PPS di Kedah
Semua mangsa yang dipindahkan melibatkan 31 keluarga iaitu di daerah Kulim dan Bandar Baharu dipindahkan sejak jam 4 pagi tadi.
Banjir kilat: 106 mangsa dipindahkan ke lima PPS di Perak
Seramai 106 mangsa dari 33 keluarga telah ditempatkan di lima PPS di tiga daerah iaitu Hilir Perak, Larut Matang Selama dan Kuala Kangsar.
Malaysia, Kazakhstan sepakat perkukuh hubungan, teroka kerjasama baharu
Malaysia dan Kazakhstan sepakat untuk terus memperkukuhkan hubungan yang terjalin sejak 16 Mac 1992, serta meneroka peluang kerjasama baharu.
Amalkan tip ini jika mahu otak anak anda lebih 'power'
Diet Mediterranean terbukti melindungi otak anda daripada penurunan fungsi kognitif dan memori otak.
Dunia wanita warga emas gelap selepas kematian suami akibat COVID-19
Suami wanita warga emas itu, Foo Kok Meng meninggal dunia di Hospital Labuan di sini, kira-kira dua bulan sebelum sempat menyambut hari lahir ke-66 tahun.
Rakyat dipelawa sertai 'Pertandingan Gambar Bersama Sultan Johor'
Perkara itu diumumkan menerusi Facebook rasmi Sultan Johor semalam, yang mempelawa rakyat Malaysia supaya menghantar gambar terbaik mereka bersama baginda.
Konsert Exists Reunion gamit 1,001 memori
Mereka pernah mencipta fenomena tersendiri dan membuatkan lagu Jesnita serta Julia menjadi siulan rakan-rakan di bangku sekolah, hampir setiap hari!
Laman web sedia perkhidmatan sunting gambar 'bekas kekasih'
Sebuah perkhidmatan atas talian kini disediakan, khusus untuk anda yang mahu menyimpan memori itu, tetapi tidak orang di dalam gambar tersebut.
Bintang filem My Best Friend's Wedding berkongsi nostalgia dua dekad
Bagi mengimbas kembali fenomena filem kegemaran ramai ini, majalah Entertainment Weekly memanggil semula barisan pelakon filem berkenaan bagi menghiasi cover majalah itu.
#GrowingUpAsian imbau kenangan semasa kecil
Laman Twitter dipenuhi muat naik yang memperkatakan mengenai pengalaman kehidupan apabila membesar dalam keluarga masyarakat Asia.
Kadar gula yang tinggi dalam darah boleh jadi pelupa
Tahap gula yang tinggi dalam darah boleh mengakibatkan penyakit "dementia".
Wanita mudah mengingati wajah: kajian
Satu kajian baru dari Universiti McMaster di Ontario mendapati bahawa wanita mungkin lebih baik pada mengingati wajah berbanding lelaki.