awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki didenda RM20,000 miliki kad ATM orang lain
CIA henti terbit 'World Factbook' selepas 60 tahun
Tengku Muhammad Fauzi terajui Markas Angkatan Bersama, Zahani dilantik CEO MiDAS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amanah bakal bertanding 13 kerusi pilihan raya negeri Sarawak

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
03/04/2016
07:38 MYT
Amanah bakal bertanding 13 kerusi pilihan raya negeri Sarawak
SALAHUDDIN: Kesemua calon yang diletakkan di kawasan berkenaan adalah kalangan anak jati Sarawak. - Gambar fail
Parti Amanah Negara (Amanah) memutuskan untuk bertanding di 13 kerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, ujar Timbalan Presiden Salahuddin Ayub.
Jelasnya, kesemua calon yang diletakkan di kawasan berkenaan adalah kalangan anak jati Sarawak.
"Dalam mesyuarat Amanah tadi, kami putuskan untuk Amanah bertanding di 13 kerusi PRN Sarawak. Kita telah selesai adakan perbincangan," katanya dalam sidang media sempena pelancaran edisi pertama akhbar tabloid mingguan Amanah di ibu pejabatnya di sini hari ini.
Pada masa sama, jentera parti sudah bersiap sedia bagi menghadapi pilihan raya negeri itu.
"Tiga belas kerusi itu jentera di sana telah diarah siap sedia, calon juga telah dikenal pasti dan seluruh jentera dikerah," kata Salahuddin.
Ditanya jika berlaku pertembungan dengan calon PAS, ini jawapan beliau.
"Itu kalau mereka (PAS) meletakkan calon mereka di kawasan (disebutkan). Namun pada Amanah, kita akan terus bertanding. Semua calon kita letakkan anak Sarawak," katanya lagi.
Ketika ini, Amanah mendedahkan kira-kira 1,500 orang telah berdaftar sebagai anggota parti di Bumi Kenyalang itu.
Topic Berkaitan
#Parti Amanah Negara
#Pilihan Raya Negeri Sarawak
#Salahuddin Ayub
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan