PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 15 tahun dan 14 sebatan yang dikenakan ke atas bekas guru agama yang disabitkan dengan tujuh kesalahan melakukan serangan seksual fizikal ke atas pelajar darjah enam empat tahun lepas.
Rayuan Abidin Abdullah terhadap hukuman penjaranya telah dibatalkan oleh panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail selepas dia (Abidin) menarik balik rayuan itu.
Hakim Hadhariah, yang bersidang bersama Hakim Datuk Azman Abdullah dan Datuk Azmi Ariffin, berkata sabitan dan hukuman penjara terhadap Abidin kekal.
"Orang tua kena beri contoh yang baik kepada orang muda terutamanya kepada pelajar," kata beliau.
Abidin, 50, didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen pada 11 Okt 2021 terhadap tujuh pertuduhan sebagai seorang yang mempunyai hubungan amanah iaitu guru agama, telah melakukan serangan seksual fizikal ke atas budak lelaki berusia 12 tahun itu di Shah Alam, Selangor antara 21 Sept 2019 dan 5 Okt, tahun yang sama.
Abidin dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan dua sebatan bagi setiap pertuduhan. Dia diperintahkan menjalani hukuman itu serentak dari tarikh dia ditangkap pada 7 Okt 2019 yang bermakna dia akan menjalani hukuman penjara selama 15 tahun dan dikenakan 14 sebatan.
Mahkamah Sesyen turut memerintahkan Abidin menjalani kaunseling pemulihan selama 10 tahun mengikut Seksyen 26 (1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 serta pengawasan polis selama tiga tahun selepas selesai hukuman penjara.
Dia gagal dalam rayuannya di Mahkamah Tinggi pada 12 Ogos tahun lepas.
Peguam Mohamad Zaidan Daud yang mewakili Abidin pada mulanya memohon mahkamah mengurangkan hukuman penjara anak guamnya.
Hakim Azman bagaimanapun berkata mahkamah boleh memerintahkan supaya hukuman penjara 15 tahun itu berjalan berturut-turut yang bermakna hukuman penjara Abidin akan bertambah kerana kesalahan yang dilakukan Abidin adalah berasingan.
Selepas berbincang dengan anak guamnya, Mohamad Zaidan memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya ingin menarik balik rayuannya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Solehah Noratikah Ismail.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 08 2023
Hakim Hadhariah, yang bersidang bersama Hakim Datuk Azman Abdullah dan Datuk Azmi Ariffin, berkata sabitan dan hukuman penjara terhadap Abidin kekal. - Gambar hiasan
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia melalui tiga hasrat
Malaysia mahu perkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha mengukuhkan jalinan kerjasama sedia ada.
Thailand-Brunei perkukuh kerjasama sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-40 dalam hubungan diplomatik pada tahun ini, Thailand dan Brunei berharap dapat mengukuhkan lagi kerjasama dua hala dan meningkatkan kerjasama ekonomi.
Rangka manusia dijumpai di Gemas
Satu rangka manusia dijumpai di ladang kelapa sawit Felda Sungai Kelamah, Gemas, Tampin pada 2.10 petang hari ini.
Putera Mahkota Arab Saudi berhasrat adakan lawatan rasmi ke Malaysia akhir tahun ini - PM
Hasrat itu dizahirkan semasa dialog khas Putera Mahkota Arab Saudi itu bersama beberapa pemimpin negara lain di luar Mesyuarat Khas WEF 2024 pada Ahad.
10 Berita Pilihan - (29 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Selasa - 30 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
SC, IsDB jalin bersama majukan pasaran modal Islam dan kewangan sosial
SC hari ini memeterai MoU dengan IsDB, sekali gus membuka ruang kerjasama lebih erat dalam ICM dan meluaskan jangkauan teknologi kewangan (fintech) dan kewangan sosial Islam, terutama wakaf.
Hamidin sedia terima kritikan, terbuka dicabar
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin tidak terkecil hati dan sedia menerima kritikan mana-mana pihak termasuk bekas Timbalan Presiden FAM Khairy Jamaluddin.
Amang seksual: Hukuman penjara 15 tahun, 14 sebatan terhadap bekas guru agama kekal
Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara 15 tahun dan 14 sebatan yang dikenakan ke atas bekas guru agama yang disabitkan dengan tujuh kesalahan melakukan serangan seksual fizikal.
Guru agama ditahan buat hantaran ugut Perdana Menteri
Seorang guru agama di sebuah sekolah di Kulim ditahan polis, kerana dipercayai membuat hantaran berbaur ugutan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam kumpulan WhatsApp.
Guru madrasah didakwa cederakan murid
Seorang guru agama madrasah di hadapkan ke Mahkamah Sesyen Baling hari ini atas pertuduhan mencederakan murid dua minggu lalu.
'Sudah hampir sebulan ayah hilang di Tanah Suci'
Seorang guru agama, Musthafa Kamal Abdullah, 49, dilaporkan hilang sejak hampir sebulan lalu ketika mengerjakan umrah di Tanah Suci.
Empat tahun jadi mangsa liwat guru, pelajar 14 tahun nekad lapor polis
Guru berkenaan yang juga warden asrama sebuah sekolah agama di Tanah Merah telah ditahan untuk bantu siasatan.
Guru agama perlu fahami pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah - Raja Muda Perlis
Guru agama yang mengajar di Perlis perlu dapat tauliah Jabatan Mufti Perlis bagi mengelak dikenakan tindakan.
Guru agama diperintah bela diri atas tuduhan lakukan amang seksual kepada pelajar
Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan seorang guru agama di sebuah maahad tahfiz untuk membela diri atas satu pertuduhan melakukan amang seksual ke atas seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun.
Guru agama baru selesai mengajar rentung kereta terbakar
Dalam kejadian jam 4.40 petang itu Yahya Asy'ari, 65, yang baru selesai mengajar di Kolej Islam Darul Ulum, Pokok Sena dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Lubuk Reba.
Ustaz dipenjara 20 tahun, 8 sebatan laku amang seksual terhadap 2 kanak-kanak
Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud membuat keputusan itu selepas Muhammad Ikram Yusuf, 25, mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Antivaksin: Hanya sebilangan kecil dalam kalangan guru agama - Ahmad Marzuq
Hanya sejumlah kecil guru agama terlibat dalam kempen antivaksin dan usaha berterusan sedang diambil untuk mengatasi isu ini.