KOTA BHARU: “Saya hanya lakukan demonstrasi.”
Itu alasan diberikan seorang bekas banduan yang didakwa melakukan amang seksual dengan menunjukkan video lucah kepada adik perempuannya yang berusia 17 tahun lima bulan pada 6 dan 8 April lalu.
Penganggur berusia 34 tahun itu turut mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya di Mahkamah Sesyen, di sini, pada Isnin.Pendakwaan terhadap tertuduh dibuat di hadapan Hakim, Nik Habri Muhamad.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan amang seksual bukan fizikal iaitu menyebabkan mangsa memerhati atau mendengar visual aktiviti yang bersifat seksual di sebuah rumah di Lorong Tanjung, Jalan Long Yunus dekat di sini pada jam 10 malam 6 April lalu.
Bagi tuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15 (e) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya.
Mengikut pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas mangsa sama dengan memegang tangan gadis itu di lokasi sama pada jam 11 pagi, 8 April lalu.
Bagi tuduhan kedua, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dihukum sebat, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Edabayu Subhan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Pada prosiding itu, Siti Edabayu tidak menawarkan jaminan kerana pertalian adik-beradik selain tertuduh dan mangsa tinggal sebumbung.
“Saya tidak mencadangkan jaminan kerana mangsa mengalami trauma dan tertuduh juga baru bebas dari penjara seminggu sebelum Aidilfitri lalu kerana kesalahan memiliki dadah serta mereka tinggal bersama,” katanya.
Lelaki terbabit sebaliknya merayu jaminan ke atasnya dibenarkan kerana dia ingin pulang ke rumah.
“Minta jasa baik mahkamah mempertimbangkan jaminan.
“Saya nak berada di rumah kerana sangat rindu,” katanya.
Nik Habri bagaimanapun tidak membenarkannya dan memberitahu akan membuat pertimbangan lain jika permohonan dibuat secara bertulis selepas ini.
Kes seterusnya ditetapkan untuk sebutan semula, serahan dokumen dan lantikan peguam pada 6 Mei ini.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Apr 15 2024
Tertuduh (tengah) mengaku tidak bersalah atas tuduhan amang seksual terhadap adik kandungnya. - Foto Sinar Harian
'Geng Bala' perdagang manusia untuk seks tumpas
Sindiket pemerdagangan manusia untuk eksploitasi seks tumpas dengan penahanan lapan individu termasuk ketua sindiket dalam enam serbuan berasingan di sekitar kawasan Johor Bahru dan Kulai.
Pengguna ChatGPT percuma boleh guna GPTs, GPT Store
Pengguna percuma juga boleh memuat naik dokumen dan meminta ChatGPT untuk merumuskannya.
Anwar terus guna platform dunia selar sikap prejudis kuasa besar
Anwar berkata sikap prejudis kuasa besar dunia jelas kelihatan, kerana cenderung menyokong sesuatu yang dilihat selari dengan agenda mereka.
Ahli perniagaan bergelar 'Datuk' mengaku tidak bersalah guna dokumen palsu
Seorang ahli peniagaan bergelar 'Datuk' mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan menggunakan dokumen yang dipalsukan pada Jun tahun lepas.
AWANI Ringkas: Pergaduhan Piala Belia, FAM ambil tindakan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Belum bincang pengganti Speaker Dewan Negara - Fadillah
Fadillah berkata, pelantikan ke jawatan itu terletak di bawah budi bicara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malaysia tarik pelabur pada Forum Ekonomi Qatar
Forum Ekonomi Qatar (QEF) 2024 yang bermula hari ini, menampilkan ramai pemimpin global, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Geng Bala tumpas, 13 wanita warga asing diselamatkan
Polis menumpaskan sindiket pelacuran, Geng Bala selepas menyelamatkan 13 wanita warga negara asing menerusi lima serbuan berasingan sekitar daerah ini dan Kulai pada 21 April hingga 1 Mei lalu.
Liga Super: KDNFC turunkan harga tiket perlawanan pertama
Kelantan Darul Naim FC (KNDFC) menurunkan harga tiket bagi perlawanan pertama pada Liga Super 2024/25 menentang Sabah di Stadium Sultan Muhammad IV.
Lori tangki bawa minyak masak terpakai terbabas di Lebuhraya Karak
Lori tangki jenis Volvo itu dalam perjalanan dari Kuantan menuju Pelabuhan Klang.
Amang seksual: “Saya hanya lakukan demonstrasi” - Tertuduh
Seorang bekas banduan didakwa melakukan amang seksual dengan menunjukkan video lucah kepada adik perempuannya.
Kikis persepsi negatif, beri peluang bekas banduan kembali pada masyarakat
Persepsi bahawa bekas banduan sebagai penjenayah untuk selama-lamanya dan tidak boleh kembali ke pangkuan masyarakat perlu dikikis.
Bekas banduan mengaku tidak bersalah rompak, cuba rogol warga emas
Seorang bekas banduan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Taiping pada Rabu atas pertuduhan mencederakan, merompak dan cuba merogol seorang wanita warga emas, minggu lepas.
Bekas banduan amuk tak boleh pinjam motosikal anak ditahan miliki pistol
Suspek lelaki berusia 40 tahun itu ditahan dalam serbuan oleh sepasukan anggota dan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Tanah Merah pada jam 2.55 petang.
Beri peluang kedua, kesilapan lalu bukan tiket terus menghukum
Sikap masyarakat yang berterusan menghukum menyebabkan ada dalam kalangan mereka sukar berubah.
Bekas banduan bunuh ibu bapa sebelum tembak pemandu di lebuh raya sesak
Suspek, Joseph Eaton, 34, seorang bekas banduan baru sahaja dibebaskan pada 14 April lalu dari Pusat Koreksional Maine di Windham.
15,000 banduan, bekas banduan disasar dapat pekerjaan tahun ini
Kementerian Sumber Manusia (KSM) dengan kerjasama Jabatan Penjara (JPM) menyasarkan seramai 15,000 banduan, bekas banduan dan penghuni Sekolah Henry Gurney akan mendapat pekerjaan tahun ini.
Bekas banduan tidak serik, ditahan semula kerana menyamun
Suspek dibebaskan dari penjara Januari tahun lepas atas kesalahan samun dan dipercayai kembali aktif sebulan lepas.
Menyamar peguam dan mencuri, bekas banduan dipenjara 18 bulan dengan dua sebatan
Seorang bekas banduan dihukum penjara 18 bulan dan dua sebatan selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan menipu dengan menyamar sebagai peguam serta mencuri.
Pak Long Jamil sudah tiada
Allahyarham menghembus nafas terakhir kira-kira jam 10 pagi di rumahnya selepas terkena serangan jantung.