awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amar Singh nafi rampasan 433 jam tangan bernilai RM80 juta

Astro Awani
Astro Awani
13/06/2018
06:16 MYT
Amar Singh nafi rampasan 433 jam tangan bernilai RM80 juta
Beliau juga tidak mengesahkan sebarang nilai rampasan yang dibuat pihaknya dalam serbuan di sebuah kondominium mewah Pavilion Residences baru-baru ini.
Polis Diraja Malaysia menafikan ada mengeluarkan kenyataan berhubung rampasan beberapa jam tangan bernilai RM80 juta seperti yang dilaporkan sebuah akhbar bahasa Cina.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata, beliau juga tidak mengesahkan sebarang nilai rampasan yang dibuat pihaknya dalam siri operasi mencari di sebuah kondominium mewah yang terletak di ibu negara, baru-baru ini.
"Saya tidak mahu komen dan untuk pengetahuan, saya tidak mengeluarkan kenyataan mahupun pengesahan seperti yang dilaporkan akhbar itu," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini pada Rabu.
BACA: 284 kotak, 72 bagasi mengandungi wang tunai, beg dirampas dari kondominium mewah
VIDEO: RM 114 juta dijumpai dalam 35 beg daripada 72 beg yang dirampas
Laporan yang dikeluarkan semalam (12 Jun) oleh akhbar itu dipetik sebagai berkata, sejumlah 433 utas jam tangan dianggarkan bernilai RM80 juta ditemui dalam 37 beg yang dirampas dari kondominium yang dipercayai milik seorang bekas pemimpin negara.
Laporan suratkhabar itu turut dipetik berkata, hasil penilaian ke atas jam tangan tersebut oleh pakar menganggarkan kesemuanya mencecah RM80 juta.
Topic Berkaitan
#jam tangan
#jenayah
#komersial
#kondominium
#pavilion residences
#polis
#siasatan
#suratkhabar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan