Jumlah mangsa yang dipindahkan di Kelantan mencatatkan penurunan berbanding sebelumnya.

Lebih 4590 orang orang masih ditempatkan di 11 pusat pemindahan.

Tumpat mempunyai bilangan paling ramai mangsa dengan jumlah 2,427 orang.

Ia diikuti Pasir Mas 2,136 mangsa manakala Kota Baharu paling sedikit, 31 orang.

Berdasarkan keadaan cuaca yang beransur baik jumlah berkenaan dijangka akan terus berkurangan.

Bagaimanapun, Sungai Golok di Rantau Panjang masih mencatatkan bacaan melepasi paras bahaya iaitu 9.81 meter.

Manakala, sungai-sungai lain pula sudah kembali ke paras normal.

Zon bebas cukai Rantau Panjang yang lumpuh sejak dua hari lalu,dijangka kembali beroperasi dalam tempoh masa terdekat berikutan air semakin surut di pekan itu.

Bagaimanapun, penduduk Kelantan diingatkan supaya bersedia menghadapi pusingan kedua banjir berikutan hujan yang dijangka kembali melanda pantai timur bermula Ahad.

Di Pahang, bilangan mangsa yang pindahkan kekal 182 orang.