awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu bas sekolah direman disyaki terlibat gangguan seksual pelajar
Bas ekspres terbabas punca kemalangan tiga kenderaan di lebuh raya PLUS - Polis
FEM 2026: Reformasi tatakelola bukan kempen mengejar tajuk berita, fasa sementara - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amaran cuaca buruk di Kelantan, Terengganu

Bernama
Bernama
03/12/2020
01:24 MYT
Amaran cuaca buruk di Kelantan, Terengganu
MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan di Kelantan ia melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh, manakala di Terengganu daerah yang terlibat ialah Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.
KUALA LUMPUR:Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk peringkat jingga dengan hujan lebat berterusan di beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu hari ini.
MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan di Kelantan ia melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh, manakala di Terengganu daerah yang terlibat ialah Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.
"Dalam tempoh tersebut, kejadian angin kencang boleh berlaku terutamanya di kawasan pantai di negeri-negeri pantai timur Semenanjung," menurut kenyataan itu.
Sementara itu kebanyakan kawasan di negeri-negeri pantai barat Semenanjung iaitu Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, dijangka mengalami kejadian ribut petir dan hujan lebat berserta angin kencang terutamanya pada waktu petang sehingga awal malam.
Turut mengalami keadaan cuaca itu ialah kawasan pedalaman Pahang, barat Sabah dan barat Sarawak yang berpotensi menyebabkan banjir kilat di kawasan rendah serta kerosakan kepada struktur yang tidak kukuh.
Selain itu, angin kencang timur laut berkelajuan 50 hingga 60 km/jam dengan ombak mencapai 4.5 meter dijangka berlaku di perairan Kelantan, Terengganu dan Pahang dalam tempoh tersebut yang boleh mendatangkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai serta muara sungai kawasan terbabit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MetMalaysia
#Jabatan Meteorologi Malaysia
#Kelantan
#terengganu
#Pahang
#amaran cuaca buruk
#hujan lebat
#pantai timur Semenanjung
#Kuala Terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan