awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amaran hujan berterusan di Johor, negeri Pantai Timur

Bernama
Bernama
19/01/2023
09:51 MYT
Amaran hujan berterusan di Johor, negeri Pantai Timur
Ribut petir dan hujan lebat berserta angin kencang dijangka berlaku di pedalaman dan barat Semenanjung, tengah dan barat Sarawak serta Sabah pada sebelah petang dan awal malam dalam tempoh berkenaan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan di timur semenanjung membabitkan Johor, Pahang, Kelantan dan Terengganu sehingga 22 Jan ini.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan petang ini, jabatan itu memberi amaran ribut petir dan hujan lebat berserta angin kencang dijangka berlaku di pedalaman dan barat Semenanjung, tengah dan barat Sarawak serta Sabah pada sebelah petang dan awal malam dalam tempoh berkenaan.
"Berdasarkan analisis model-model cuaca, luruan monsun yang berlaku di rantau negara dijangka sehingga 25 Jan depan dan keadaan ini berpotensi menghasilkan hujan berterusan di timur Semenanjung dalam tempoh tersebut," menurut kenyataan itu.
Dalam pada itu, orang awam dinasihatkan sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.
Selain itu, amaran angin kencang turut dikeluarkan bagi perkapalan dengan keadaan angin kencang dan laut bergelora kategori ketiga diramalkan berlaku sehingga Rabu depan.
"Angin kencang timur laut melebihi 60 kilometer sejam (kmsj) dengan ombak setinggi melebihi 4.5 meter dijangka di kawasan perairan utara Condore.
"Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MetMalaysia
#hujan lebat
#amaran hujan
#Pantai Timur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan