awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua pertahanan Jepun, AS sahkan pakatan dua hala tidak goyah
Terpedaya iklan hartanah? Pembeli ada enam tahun untuk ambil tindakan undang-undang
Kerajaan sokong titah Sultan Selangor bantah aktiviti LGBT
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amaran hujan lebat, ribut petir di KL, tujuh negeri - MetMalaysia

Bernama
Bernama
21/09/2025
10:51 MYT
Amaran hujan lebat, ribut petir di KL, tujuh negeri - MetMalaysia
Di Selangor, MetMalaysia memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melibatkan Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat. - Gambar hiasan/Bernama
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang yang dijangka melanda Kuala Lumpur dan tujuh negeri sehingga 9 malam ini.
Menerusi amaran yang dikeluarkan pada 5.15 petang ini, MetMalaysia memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda Selangor melibatkan Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.
Di Pahang pula dijangka membabitkan kawasan Tanah Tinggi Cameron, Raub, Jerantut, Bentong, Kuantan, Pekan dan Rompin, manakala Terengganu merangkumi Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.
Amaran sama dijangka melanda Negeri Sembilan membabitkan Jelebu, Kuala Pilah dan Jempol serta Johor (Segamat, Kluang dan Mersing).
Sementara itu, di Sabah keadaan sama melibatkan kawasan Pantai Barat (Ranau), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas), sementara di Sarawak membabitkan Kuching, Serian dan Samarahan (Samarahan dan Asajaya).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MetMalaysia
#ribut petir
#hujan lebat
#angin kencang
#tujuh negeri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan