Skip to main content

Malaysia

Amarjit serah surat tauliah sebagai Duta Besar Malaysia kelima ke Finland

AMBASSADOR OF MALAYSIA TO FINLAND PRESENTS LETTERS OF CREDENCE TO PRESIDENT OF FINLAND Helsinki, 26 August 2026 – His Excellency Dato’ Amarjit Sarjit Singh presented his Letters of Credence to His Excellency Mr. Alexander Stubb, President of the Republic of Finland, accrediting him as Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of Malaysia to the Republic of Finland. kredit : Facebook Malaysian Embassy Helsinki
Amarjit dijangka mengukuhkan lagi hubungan dua hala yang telah lama terjalin dan mesra antara Malaysia dan Finland, termasuk kerjasama dalam bidang yang mempunyai kepentingan bersama. - Foto Facebook/Malaysian Embassy Helsinki
Advertisement

KUALA LUMPUR: Duta Besar Malaysia ke Finland Datuk Amarjit Sarjit Singh menyerahkan surat tauliahnya kepada Presiden Finland Alexander Stubb di Helsinki pada Rabu, sekali gus menandakan permulaan rasmi tempoh perkhidmatan beliau sebagai Duta Besar Malaysia yang kelima ke negara itu.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, Kedutaan Besar Malaysia di Helsinki memaklumkan Amarjit dijangka mengukuhkan lagi hubungan dua hala yang telah lama terjalin dan mesra antara Malaysia dan Finland, termasuk kerjasama dalam bidang yang mempunyai kepentingan bersama.

Pada majlis penyerahan surat tauliah itu, Amarjit diiringi isterinya Datin Param Git Kaur Pauja Singh, Penasihat Kedutaan Al Fadil Adam dan Setiausaha Ketiga Muhammad Firdaus Jaafar.

Amarjit membawa pengalaman diplomatik lebih dua dekad dalam melaksanakan tugas baharu beliau.

Beliau menyertai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) pada 2001 dan sejak itu memegang pelbagai jawatan diplomatik serta jawatan kanan, termasuk di perwakilan Malaysia di luar negara dan Kementerian Luar.

Sebelum pelantikan terbaharu itu, Amarjit berkhidmat sebagai Duta Besar Malaysia ke Timor-Leste dari Mac 2023 hingga April 2026.

Penugasan beliau di luar negara turut merangkumi perkhidmatan di perwakilan diplomatik Malaysia di Vietnam, Kazakhstan dan Zimbabwe.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement