GADGETS
Amazon beri peringatan awal akan gantikan pekerja dengan AI

Amazon menggesa pekerjanya untuk bersedia dengan ilmu dan kemahiran baharu dalam bidang AI bagi menyesuaikan diri dengan perubahan operasi syarikat. -Gambar fail/Reuters
CEO Amazon kini berkongsi memo, sekali gus memperlihatkan beberapa kesan kepada operasi syarikat Amazon bergerak ke hadapan, selari dengan perkembangan arena kecerdasan buatan janaan.
Ringkasan AI
- CEO Amazon menyatakan bahawa kecerdasan buatan (AI) akan meningkatkan produktiviti dan kecekapan, membolehkan tugasan diselesaikan dengan lebih sedikit pekerja.
- Amazon menggesa pekerjanya untuk bersedia dengan ilmu dan kemahiran baharu dalam bidang AI bagi menyesuaikan diri dengan perubahan operasi syarikat.
- Walaupun belum diumumkan bila dan berapa ramai pekerja akan terkesan, pelaburan besar dalam AI menunjukkan kemungkinan pengurangan tenaga kerja mungkin berlaku lebih awal.
Amazon meminta pekerja bersedia dengan ilmu dan skil baharu dalam arena kecerdasan buatan, dalam usaha terus maju dan bergerak ke hadapan.
Buat masa ini, tidak dinyatakan bilakah pengurangan pekerja oleh Amazon akan dilaksanakan, dan berapa ramai yang akan terkesan.
Dengan lebih banyak pelaburan dalam arena kecerdasan buatan, di samping kemajuan teknologi dari hari ke hari, tidak mustahil perkara ini berlaku dengan lebih awal lagi.
Sebelum ini sendiri, beberapa syarikat sedia menyatakan secara terbuka yang mana beberapa operasi termasuk pengaturcaraan dan pembangunan dilaksanakan dengan bantuan kecerdasan buatan, membuatkan bilangan pekerja yang diperlukan adalah sedikit berbanding kebiasaan. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami