KUALA LUMPUR: Kumpulan AmBank telah melancarkan AmBank Signature Priority Private yang direka untuk pelanggan mewah dengan aset di bawah pengurusan (AUM) minimum sebanyak RM2 juta.

Ia dilancarkan semasa Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) 2023, AmBank adalah rakan kongsi perbankan rasmi, seiring dengan komitmen bank itu untuk terus meningkatkan produk dan perkhidmatannya dalam mencipta nilai berkekalan untuk pelanggannya.

"Kekal berpegang teguh kepada falsafah tertumpu pelanggan AmBank, Priority Private menawarkan pelanggan elit Priority Private pengalaman perbankan dengan pelbagai penyelesaian kekayaan khusus, menjurus ke arah memperkasakan kepelbagaian kekayaan dan pemeliharaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pengarah Urusan Perbankan Peruncitan, Aaron Loo berkata, Priority Private memberikan pelanggan mewah pengalaman perbankan yang luar biasa dengan rangkaian perkhidmatan, keistimewaan dan faedah khusus.

"Sama seperti sut yang dibuat khusus, Priority Private membawa konsep 'Shape to Stature' di mana ia merangkumi pemperibadian 'Wealth - Shaped For You' yang memfokuskan pada penyelesaian kekayaan yang khusus dan berdaya maju; 'Lifestyle - Shaped For You' menawarkan perkhidmatan perundingan khusus oleh pengurus perhubungan Prioriti Persendirian yang berdedikasi, disokong oleh pasukan penasihat kekayaan kanan dan libat urus secara eksklusif dengan pengurus dana di peringkat tempatan dan antarabangsa," katanya.

AmBank berkata, pelanggan Priority Private akan mendapat akses kepada faedah Metal Card dengan ciri-citi memperkaya gaya hidup termasuk akses tanpa had ke Lounge Key yang membuka lebih 1,100 akses lounge di lapangan terbang di seluruh dunia selain akses Plaza Premium Lounge tanpa had, pulangan tunai 60 peratus eksklusif untuk makan di hotel Shangri-La dan keahlian Club Marriott secara percuma.

Selain itu, pelanggan akan dapat mengakses rangkaian pilihan makan, perjalanan dan perkhidmatan kesihatan yang disusun khas untuk pelanggan Priority Private.

"Bersempena dengan KLFW 2023, tiga pasangan pelanggan bertuah yang mendaftar untuk AmSPB dan melakukan urus niaga akan bertanding untuk memenangi perjalanan tiga hari dua malam ke Paris, Perancis untuk menghadiri Minggu Fesyen Paris 2024 yang berprestij. Kempen ini berlangsung dari 3 Julai hingga 30 November 2023," katanya. - BERNAMA