DREBAR
Ambi Pur bekerjasama dengan FC Barcelona –ingin bawa anda Nou Camp!

Untuk peminat tegar FC Barcelona, anda sekarang boleh terus menyokong pasukan gergasi bolasepak Sepanyol ini melalui Ambi Pur, jenama penyegar udara dalam kereta no.1 dunia yang baharu mengumumkan perjanjian tajaan serantau. Negara-negara yang terlibat adalah Malaysia, Indonesia, Hong Kong, Filipina, Singapura dan Thailand.
Xavier Asensi, Pengarah Urusan FC Barcelona Asia Pasifik mengulas, “Sebagai pewangi kereta no.1 dunia, Ambi Pur di prestasi tahap tertinggi dan amat sesuai sebagai rakan kerjasama bagi FCB. Kami amat gembira perjanjian ini akan memperluaskan kerjasama serantau kami dengan Procter & Gamble.”
Usahasama baru ini juga mengumumkan ‘Peraduan Menangi Percutian ke Barcelona’ dengan permainan ‘Tendangan Penalti Bau Busuk’ dimana penyokong-penyokong boleh beradu untuk memenangi barangan eksklusif dan hadiah utama iaitu percutian ke Nou Camp, Barcelona.
Peminat bolasepak boleh mengalami permainan ini melalui Pameran Jelajah yang bakal dilancarkan pada bulan Disember dengan Bas Jelajah Ambi Pur + FC Barcelona yang akan berkunjung ke kedai-kedai terpilih dari 30hb Nov – 27hb Dis.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami