awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ambiga sedia beri kerjasama jika dipanggil polis

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
02/03/2020
10:34 MYT
Ambiga sedia beri kerjasama jika dipanggil polis
Menurut Ambiga, beliau sedia memberi kerjasama penuh kepada polis sekiranya dipanggil untuk merekodkan keterangan. - Gambar fail
Bekas Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan memberitahu, sehingga pukul 6 petang Isnin, polis masih belum menghubungi beliau berhubung penyertaannya dalam perhimpunan berhampiran pusat beli-belah Sogo di ibu negara, lewat petang semalam.
Bagaimanapun, kata Ambiga, beliau sedia memberi kerjasama penuh kepada polis sekiranya dipanggil untuk merekodkan keterangan.
"Ini adalah satu perkara yang biasa dan saya sudah biasa dengan perkara ini. Memang apabila polis panggil, saya akan terus ke balai. I have always done that.
"Tapi malangnya, kerajaan baharu bermula dengan tindakan seperti ini. Biarlah rakyat bersuara dengan perkara seperti ini. Walaupun saya difahamkan IGP (Ketua Polis Negara) sedang menjalankan tugas, namun demikian saya menyeru (beliau) supaya memberi ruang kepada rakyat Malaysia untuk bersuara tentang sesuatu perkara yang penting (seperti) ini," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador bahawa polis sedang menyenarai pendek individu yang menyertai perhimpunan itu.
Difahamkan himpunan bermula kira-kira pukul 6 petang itu adalah bagi membantah pimpinan baharu kerajaan dengan menolak Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8 selain beberapa tokoh politik lain yang didakwa sebagai pengkhianat seperti Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Turut kelihatan pada perhimpunan itu ialah aktivis sosial, Datin Paduka Marina Tun Mahathir.
Keadaan dikatakan sedikit tegang apabila terdapat beberapa individu yang berang dan mengeluarkan kata-kata makian.
Bagaimanapun, kira-kira lima minit kemudian keadaan berjaya dikawal oleh pihak polis.
Sebelum itu, tindakan kumpulan itu untuk berarak ditegah oleh pihak polis melalui perbincangan yang diadakan bersama Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner, Fahmi Visuvanathan Abdullah yang mengambil kira mengganggu ketenteraman awam.
Topic Berkaitan
#Ambiga
#IGP
#kerajaan
#Mahathir Mohamad
#Muhyiddin Yassin
#perhimpunan
#politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan