awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ambil pengajaran dari kerosakan muka bumi pasca perlombongan bijih timah - Sultan Perak

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
25/08/2021
03:50 MYT
Ambil pengajaran dari kerosakan muka bumi pasca perlombongan bijih timah - Sultan Perak
Sultan Nazrin Shah berkenan menerima Titah Diraja daripada Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad pada istiadat pembukaan rasmi persidangan Mesyuarat Pertama Tahun Keempat, DUN Perak Ke-14, di Bangunan Perak Darul Ridzuan, hari ini. --fotoBERNAMA
IPOH: Pengalaman kerosakan muka bumi yang ditinggalkan dan harga yang perlu dibayar oleh negeri dan rakyat pasca aktiviti perlombongan bijih timah, perlu dijadikan pengajaran.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, faktor kesihatan, keselamatan, alam sekitar dan manfaat jangka panjang negeri dan rakyat mesti diutamakan dan tidak boleh dikorbankan.
Pada masa sama, titah baginda, negeri Perak tidak wajar berpuas hati dan berperanan semata-mata sebagai pengeluar bahan mentah.
Sebaliknya, titah baginda, negeri ini perlu dilengkapi dengan aktiviti hiliran yang dapat memberi pulangan hasil lebih bermakna dan membuka peluang kerja aras tinggi kepada rakyat tempatan.
"Hasrat untuk membangunkan negeri dengan lebih pesat bergantung kepada kekuatan sumber kewangan kerajaan.
"Usaha meningkatkan hasil negeri dengan mengenal pasti sumber hasil baharu oleh sektor-sektor berpotensi terus dirintis.
"Dianggarkan dalam perut bumi negeri Perak, terkandung 1.7 juta tan sumber nadir bumi bukan radioaktif (non-radioactive rare earth element atau NR-REE).
"Sumber NR-REE, merupakan mineral terpenting pada masa kini dan masa hadapan kerana digunakan secara meluas dalam pelbagai industri teknologi tinggi, industri perubatan dan industri pertahanan," titah baginda.
Perak hati-hati, tidak gopoh luluskan lesen melombong NR-REE
Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Mesyuarat Pertama Tahun Keempat Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan Ke-14, di Dewan Negeri, Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, hari ini.
Titah Sultan Nazrin, Kerajaan Negeri Perak telah memulakan projek perintis perlombongan NR-REE di atas tanah seluas 214 hektar.
Pada masa yang sama, baginda bertitah, Perak mengambil pendirian sangat berhati-hati dan tidak akan gopoh untuk melonjak terlalu cepat, meluluskan lesen melombong NR-REE secara besar-besaran.
Dalam pada itu, baginda turut mengingatkan semua pihak supaya memelihara sumber air yang merupakan khazanah alam yang tidak ternilai dan sumber penting kepada kehidupan manusia serta penjanaan pelbagai sektor ekonomi.
Baginda juga mahu pihak masjid, surau, sekolah, badan-badan belia dan persatuan-persatuan penduduk mendidik rakyat, bermula dari usia kanak-kanak untuk tidak mencemari sungai.
Topic Berkaitan
#kerosakan muka bumi
#Sultan Nazrin Shah
#perlombongan bijih timah
#NR-REE
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan