SEREMBAN: Ambulans membawa petugas Klinik Kesihatan (KK) Bukit Pelanduk yang dipercayai mengalami kebocoran gas sehingga menyebabkan mereka tidak sedarkan diri sebaik tiba di Hospital Port Dickson pagi Khamis akan dihantar ke Jabatan Kerja Raya untuk siasatan lanjut.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan Datin Dr Harlina Abdul Rashid berkata kenderaan tersebut juga tidak dibenarkan beroperasi serta-merta.
Menurutnya, Pasukan Unit Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) telah menjalankan siasatan dan tidak menolak kemungkinan terdapat kebocoran gas dalam ambulans berkenaan.
"Oleh itu, bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan kecemasan klinik terbabit, perkhidmatan itu akan diberikan oleh klinik kesihatan berhampiran dan juga Hospital Port Dickson," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.
Mengulas lanjut, beliau berkata dalam kejadian hari ini, ketiga-tiga orang petugas kesihatan iaitu seorang pegawai perubatan dan dua orang penolong pegawai perubatan menghantar seorang pesakit yang juga rakan sekerja mereka ke Hospital Port Dickson kerana mengadu sakit dada dan rebah kira-kira pukul 8.30 pagi.
Dr Harlina berkata pesakit tersebut disyaki mendapat serangan jantung dan berada dalam keadaan kritikal ketika kejadian.
Bagaimanapun, apabila tiba di Hospital Port Dickson kesemua mereka berada dalam keadaan tidak sedarkan diri manakala bantuan dan rawatan segera telah diberikan kepada semua mangsa.
"Semua petugas kesihatan yang terlibat kini berada dalam keadaan stabil dan masih dirawat di Hospital Port Dickson. Bagaimanapun, pesakit yang dihantar telah meninggal dunia dan pihak jabatan sedang menunggu laporan post-mortem bagi mengenal pasti punca kematian," katanya
BACA: Kebocoran gas dalam ambulans, seorang petugas kesihatan maut
Dalam kejadian pagi tadi seorang petugas KK Bukit Pelanduk di sini meninggal dunia manakala tiga lagi tidak sedarkan diri selepas dipercayai terhidu gas karbon monoksida yang tinggi dalam ambulans dinaiki mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 22 2021
Seorang petugas kesihatan maut manakala tiga lagi didapati tidak sedarkan diri selepas dipercayai terhidu gas karbon monoksida di dalam ambulans dinaiki mereka. - Foto ihsan JBPM
Lelaki rogol anak kandung hingga lahir dua anak
Perbuatan suspek berusia 40-an itu terbongkar selepas mangsa yang kini berusia 20 tahun membuat laporan polis.
Mangsa banjir di Kota Tinggi kekal 300 orang
Kesemua mangsa yang terjejas merupakan penduduk dari Kampung Temenin Baru dan Kampung Desa Makmur.
AWANI Ringkas: PM ikrar noktahkan miskin tegar di Kedah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mengambil manfaat daripada kisah lampau menerusi ziarah luar
Beberapa kepentingan Ziarah Luar termasuk mengambil pengajaran tentang sirah atau sejarah Rasulallah untuk dimanfaat secara bersama dalam konteks hari ini diterapkan semasa program Ziarah Luar yang dirangka Tabung Haji kepada petugas yang menjalankan operasi sempena musim haji tahun ini, 1445H/2024M.
Isu Gaza dijangka dominasi Sidang Kemuncak OIC
Pengerusi OIC tegaskan wujud keperluan mendesak untuk membincangkan konflik berpanjangan di Palestin dan kemusnahan akibat perang di Gaza.
Kepentingan ziarah luar di Madinah semasa musim Haji
Ikuti perkongsian Editor Astro AWANI yang juga petugas media musim haji 1445H/2024H mengenai kepentingan ziarah luar di Madinah bagi jemaah dan petugas haji sebagaimana ditekankan oleh Pembimbing Ibadat Haji Madinah, Ustaz Mahmad Zukri Mat Hassan.
AWANI Pagi: AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [5 Mei 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Geegee Ahmad & Nursyazwani Saiful Sham;
Pesawat ringan terhempas di Tanjung Malim, dua mangsa selamat
Fakulti AI pertama negara dirasmikan 10 Mei ini - Zambry
Laporan menjelang musim Haji 1445H/2024M
Pesawat ringan terhempas di Tanjung Malim, dua mangsa selamat
Fakulti AI pertama negara dirasmikan 10 Mei ini - Zambry
Laporan menjelang musim Haji 1445H/2024M
Lelaki hina wajah anak Caprice tampil mohon maaf bersemuka
Pemuda bernama Irfan yang datang dari Johor dengan menaiki bas itu dilihat bertemu dengan Farra sambil melutut meminta maaf.
Isu Gaza dijangka dominasi Sidang Kemuncak OIC
Konflik di Gaza dijangka menjadi agenda utama di Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Negara-negara Islam, OIC yang berlangsung di Gambia.
Sadiq Khan dipilih datuk bandar London untuk penggal ketiga
Sadiq Khan dari parti buruh, berjaya menewaskan calon dari parti konservatif dalam pilihan raya tempatan, menyaksikan beliau dipilih sebagai Datuk Bandar London untuk penggal ketiga.
Jangkitan novel koronavirus di Jepun 96 orang
Enam kes baharu jangkitan novel koronavirus dilaporkan di atas kapal persiaran Diamond Princess, di pelabuhan Yokohama, Jepun pada Ahad.
Ambulans bawa wanita mengandung dirempuh SUV
Seorang wanita mengandung berhadapan detik cemas selepas ambulans yang mengejarnya ke Hospital Umum Sarawak terbalik, selepas dirempuh sebuah SUV di Kuching, pagi Selasa.