awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebocoran gas dalam ambulans, seorang petugas kesihatan maut

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
22/07/2021
10:08 MYT
Kebocoran gas dalam ambulans, seorang petugas kesihatan maut
Seorang petugas kesihatan maut manakala tiga lagi didapati tidak sedarkan diri selepas dipercayai terhidu gas karbon monoksida di dalam ambulans dinaiki mereka. - Foto ihsan JBPM
PORT DICKSON: Seorang petugas Klinik Kesihatan Bukit Pelandok, Port Dickson maut manakala tiga lagi didapati tidak sedarkan diri selepas dipercayai terhidu gas karbon monoksida di dalam ambulans dinaiki mereka.
Pasukan Unit Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) Negeri Sembilan, Timbalan Penguasa Bomba, Mohammad Idris berkata, kejadian itu dikesan berlaku ketika ambulans berkenaan tiba di Hospital Port Dickson, pagi tadi.
Beliau berkata, pasukan bomba pada awalnya menerima maklumat berlaku kebocoran gas di Klinik Kesihatan Bukit Pelandok pada jam 9.30 pagi selepas mangsa berusia 29 tahun rebah di foyer klinik sebelum tiga rakan sekerjanya membantu membawanya ke hospital menggunakan sebuah ambulans.
Bagaimanapun sebaik sahaja tiba di hospital, kesemua mangsa didapati pengsan dan tidak sedarkan diri dan ditemui dalam keadaan bertindih selepas pintu ambulans dibuka.
"Dan daripada pemerhatian dan maklumat daripada pihak Klinik Kesihatan Port Dickson kes sama juga telah berlaku semalam menyebabkan satu daripada staf mereka pengsan dan hari ini menyebabkan empat staf mereka pengsan.
"Mereka pengsan apabila sampai ke Hospital Port Dickson. Apabila buka sahaja pintu ambulans, tiga staf yang membantu kakitangan yang pengsan di Klinik Kesihatan Port Dickson, mereka tiga orang ni pun pengsan dan dalam keadaan bertindih di ambulans.
"Mereka sampai pun dalam keadaan kritikal, sekarang ni dimaklumkan oleh hospital, ketiga-tiga mereka dalam keadaan stabil," katanya.
Mengulas lanjut katanya, seramai 35 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson serta pasukan HAZMAT digerakkan ke lokasi klinik kesihatan berkenaan untuk membuat pemeriksaan di premis.
Bagaimanapun pihaknya mendapati tiada berlaku sebarang kebocoran di klinik tersebut sebelum siasatan mendapati kebocoran gas berkenaan berlaku di dalam ambulans.
Beliau berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian sama turut berlaku semalam dan menyebabkan seorang petugas kesihatan pengsan ketika menaiki ambulans yang sama.
Buat masa ini ujarnya, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut dan punca kejadian manakala tiga mangsa lain yang tidak sedarkan diri kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Topic Berkaitan
#kebocoran gas
#maut
#terhidu
#linik Kesihatan Bukit Pelandok
#Port Dickson
#Ambulans
#Hazmat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan