awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Objek disyaki serpihan dari angkasa ditemukan di pesisir pantai di Pekan
VM2026 di KL Sentral: Pelawat teruja terima cenderamata, akui rakyat Malaysia peramah
VM2026: LADA rancang 50 acara besar, tonjol tarikan asli Langkawi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AmInvestment semak naik unjuran pendapatan Berjaya Food

Dagang News
Dagang News
23/06/2022
05:20 MYT
AmInvestment semak naik unjuran pendapatan Berjaya Food
AmInvestment Bank Research menyemak naik unjuran pendapatan Berjaya Food Berhad sebagai pilihan utama sektor itu dengan jangkaan jualan dan margin keuntungan kumpulan itu akan terus meningkat. - Fail DagangNews.com
KUALA LUMPUR: AmInvestment Bank Research menyemak naik unjuran pendapatan Berjaya Food Berhad sebagai pilihan utama sektor itu dengan jangkaan jualan dan margin keuntungan kumpulan itu akan terus meningkat.
"Kami menyemak naik unjuran pendapatan kumpulan sebanyak 34% untuk FY22F, 42% untuk FY23F dan 51% untuk FY24F.
"Kami juga mengekalkan saranan 'beli' dengan harga wajar (FV) lebih tinggi iaitu RM5.05 berbanding RM3.30," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.
Firma itu berkata, pendapatan menerusi jenama Starbucks Malaysia menyumbang 96% daripada keuntungan bersih kumpulan pada FY22 dan ia dijangka berdaya tahan dengan kadar pengekalan pelanggan yang tinggi.
Katanya, kumpulan itu juga berjaya menarik minat pelanggan dengan menukar format pendekatan cawangan dan memanfaatkan perkhidmatan pihak ketiga serta perubahan dalam program ganjaran kesetiaan pelanggan.
"Dengan memanfaatkan jenama Starbucks yang kukuh, kami percaya Berjaya Food secara relatifnya berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk bersaing dalam mengekalkan pelanggan di bawah persekitaran inflasi semasa berbanding pesaingnya.
"Kumpulan sasaran Starbucks yang terdiri daripada golongan berpendapatan sederhana hingga tinggi mempunyai tabiat perbelanjaan yang lebih berdaya tahan untuk mengimbangi peningkatan kos sara hidup," katanya.
Firma itu berkata, kumpulan itu juga mengambil langkah aktif untuk mempelbagaikan tawaran Kenny Rogers Roasters (KRR) dan francais baharu Paris Baguette dilihat sebagai tambahan positif kepada mereka.
"Strategi kumpulan untuk membuka lima cawangan setahun 50 kedai dalam 10 tahun akan mengelakkan potensi pelaburan berlebihan sambil memberi peluang kepada pengguna tempatan untuk mengembangkan selera terhadap jenama Paris Baguette," katanya.
Sumber DagangNews.com
Topic Berkaitan
#Malaysia
#pelaburan
#unjuran
#bank
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan