awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wakil pelbagai aliran pendidikan terima baik hasrat kerajaan wajibkan BM, Sejarah dalam SPM
Pesta Angin Timur Perlis 2026 sasar lebih 300,000 pengunjung
Pelakon Catherine O’Hara, ibu Kevin dalam filem Home Alone meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AMK buat dua laporan polis susulan ugutan bunuh terhadap PM Anwar

Bernama
Bernama
11/09/2025
15:45 MYT
AMK buat dua laporan polis susulan ugutan bunuh terhadap PM Anwar
Mohammad Rais berkata laporan dibuat AMK Kuala Lumpur dan AMK Selangor di IPD Dang Wangi kira-kira pukul 8 malam Khamis. - Gambar Mohd Adli Shahar
KUALA LUMPUR: Angkatan Muda Keadilan (AMK) membuat dua laporan polis berhubung video tular memaparkan seorang lelaki mengeluarkan ugutan bunuh terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa operasi pengosongan 37 unit rumah di Kampung Sungai Baru di sini, hari ini.
Ketua Penerangan AMK Kuala Lumpur Mohammad Rais Hamda berkata laporan dibuat AMK Kuala Lumpur dan AMK Selangor di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kira-kira pukul 8 malam ini.
Beliau yang ditemui pemberita selepas membuat laporan itu berkata anak muda mengecam sekeras-kerasnya ugutan bunuh seumpama itu yang boleh menjejaskan keharmonian negara yang telah lama dibina.
"Kami berharap kertas siasatan akan dibuka dan pihak polis mengambil tindakan sewajarnya terhadap pelaku berkenaan," katanya yang turut ditemani Timbalan Ketua Penerangan AMK Selangor Abdullah Zaid Abdullah Sani dan ahli-ahli AMK.
Terdahulu, tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang lelaki mengeluarkan kata-kata berbaur ugutan terhadap Anwar dan mendakwa dirinya pernah ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Supt Nuzulan Mohd Din ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut dan memaklumkan kes akan disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#video tular
#TikTok
#ISA
#laporan polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan