MALAYSIA
AMM ke-58: Kerjasama rentas kementerian penting, tingkat pelaburan dan perdagangan ASEAN – Mohamad

Mohamasd berkata usaha selaras dengan saranan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan perasmian Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN pagi tadi. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Malaysia menekankan keperluan memperkukuh kerjasama antara kementerian-kementerian berkaitan dalam usaha meningkatkan perdagangan dan pelaburan dalam kalangan negara anggota ASEAN.
Ringkasan AI
- Malaysia menekankan kepentingan kerjasama antara kementerian seperti Kementerian Luar, Ekonomi dan MITI untuk memastikan keputusan ASEAN diterjemah kepada tindakan konkrit.
- Forum bersama Menteri ASEAN akan diadakan Oktober ini bagi merangka pelan tindakan jelas untuk meningkatkan dagangan dan pelaburan serta menghapuskan halangan perdagangan.
- Gesaan Perdana Menteri selaras dengan Visi Komuniti ASEAN 2045, menekankan penjajaran dasar luar dan ekonomi serta perlunya sinergi merentas sektor dan institusi.
“Seperti yang dicadangkan Perdana Menteri, Kementerian Luar, Kementerian Ekonomi dan MITI mesti bergerak seiring.
“Kalau tidak, satu pihak cakap lain, satu lagi cakap lain. Bila satu pihak buat keputusan, pihak lain tidak tahu. Inilah yang berlaku selama ini, tiada gerak kerja secara sepasukan.
“Banyak dokumen, banyak perjanjian telah ditandatangani, banyak keputusan telah dibuat tetapi tiada tindakan susulan. Jadi seperti yang disebut Perdana Menteri pagi tadi, sudah cukup dengan hanya membentuk komuniti, sekarang kita mahu lihat tindakan,” katanya.
Sebagai langkah awal, beliau memaklumkan satu forum bersama akan diadakan antara barisan Menteri Luar, Menteri Ekonomi dan Menteri Pelaburan dan Perdagangan ASEAN pada Oktober ini, sebelum Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, berlangsung.
“Dalam forum itu nanti, kita akan berbincang dan bersetuju dengan satu pelan tindakan yang jelas untuk meningkatkan dagangan dan pelaburan intra ASEAN. Jika perlu, halangan perdagangan atau trade barriers yang wujud perlu dirobohkan.
“Kita perlu bergerak pantas. Dunia hari ini tidak seperti dulu. Kita tidak boleh tunggu. Yang terbaik adalah bergerak bersama sebagai satu keluarga besar ASEAN,” katanya lagi.
Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Menteri-menteri Luar dan Menteri-menteri Ekonomi ASEAN untuk mewujudkan penjajaran lebih erat antara dasar luar dan dasar ekonomi serantau.
Katanya, langkah tersebut adalah bertepatan dengan Visi Komuniti ASEAN 2045 yang dimeterai dalam Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 lepas yang menyeru kepada sinergi yang lebih kukuh merentasi tunjang dan sektor.
Anwar berkata, persefahaman yang dipupuk tidak boleh terhenti sekadar deklarasi, tetapi mesti diintegrasi dalam institusi, strategi dan keputusan tentang dasar ekonomi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami