MALAYSIA
Bangkai helikopter kemalangan dinaikkan esok atau lusa - Komander PGU

Bangkai helikopter PDRM yang terlibat dalam kemalangan di Gelang Patah dijangka akan dinaikkan sama ada esok atau lusa. - Gambar fail/Bernama
JOHOR BAHRU: Bangkai helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terlibat dalam kemalangan di Sungai Pulai, Gelang Patah pada Khamis lepas, dijangka akan dinaikkan dalam masa terdekat, sama ada esok atau lusa.
Ringkasan AI
- Bangkai Helikopter Dijangka Dinaikkan Segera: Helikopter jenis AS355N milik PDRM yang terhempas dijangka akan dinaikkan dalam masa terdekat dengan bantuan TLDM dan APMM.
- Rakaman Komunikasi Masih Dalam Helikopter: Helikopter tidak dilengkapi kotak hitam, namun alat rakaman komunikasi antara juruterbang dan petugas darat dipercayai masih berada dalam bangkai pesawat.
- Kesemua Mangsa Dalam Keadaan Stabil: Lima kru helikopter termasuk juruterbang dan anggota polis diselamatkan oleh Polis Marin. Dua mangsa dirawat di ICU, manakala tiga lagi dalam pemantauan pakar di Hospital Sultanah Aminah.
Beliau berkata alat rakaman perhubungan komunikasi juga dipercayai masih berada di dalam bangkai helikopter berkenaan.
"Ia dipercayai masih lagi dalam helikopter, sebenarnya ia adalah perhubungan komunikasi antara helikopter dengan bahagian (petugas udara) di bawah. Kotak hitam tiada, kerana ia alat perhubungan komunikasi helikopter," jelas beliau.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Hospital II HSA Dr C.Mitesh berkata kesemua lima mangsa nahas termasuk dua yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) berada dalam keadaan stabil.
Beliau berkata Konstabel R. G. Devendran masih ditidurkan dan memerlukan bantuan pernafasan, sementara Koperal Adeline Liu Yan Siu yang tidak memerlukan bantuan pernafasan pula berada dalam keadaan stabil di ICU.
"Tiga mangsa yang stabil di wad biasa juga masih dalam pemantauan, termasuk oleh pakar ortopedik kerana ada yang cedera dan memerlukan rawatan lanjut. Secara keseluruhan, kelima-lima mangsa berada dalam keadaan stabil," katanya.
Dalam kejadian pada 10.15 pagi Khamis, sebuah helikopter jenis AS355N milik PDRM terlibat dalam kemalangan ketika menjalani Multilateral Nuclear Security Detection Exercise(MITSATOM) 2025 yang melibatkan kerjasama antara Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura di Jeti Maritim Gelang Patah.
Selain Devendran dan Adeline, turut terlibat ialah juruterbang helikopter ACP Faizul Mohammad, pembantu juruterbang Supt Ahmad Bustamin Baharom dan anggota Balai Polis Tanjung Kupang Sarjan Siti Latipa Khairuddin.
Kesemua kru helikopter berjaya diselamatkan pasukan Polis Marin.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami