awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS dedah pelan ‘Gaza Baharu’ dengan pencakar langit
Tiga maut, seorang cedera dalam insiden tembakan di New South Wales, Australia
Starmer bimbang penglibatan Putin dalam Lembaga Keamanan diperkenalkan Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AMME-18: Pembalakan dan sisa plastik jadi ancaman serius biodiversiti

Bernama
Bernama
04/09/2025
23:20 MYT
AMME-18: Pembalakan dan sisa plastik jadi ancaman serius biodiversiti
Johari menegaskan, kehilangan biodiversiti menjadi kebimbangan besar, khususnya akibat pembalakan dan penebangan hutan yang menjejaskan khazanah hutan negara. - Gambar hiasan/Astro AWANI
LANGKAWI: Isu perubahan iklim, kehilangan biodiversiti dan pencemaran menjadi fokus utama Mesyuarat Menteri-Menteri Alam Sekitar ASEAN ke-18 (AMME-18) yang berlangsung tiga hari di sini, bagi memastikan usaha pembangunan mampan dicapai sejajar dengan komitmen antarabangsa.
Pemangku Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata perubahan iklim adalah cabaran global yang memerlukan tindakan bersama dan Malaysia tidak terkecuali daripada memainkan peranan penting.
"Perubahan iklim yang berlaku hari ini, sama ada mahu atau tidak, kita perlu turut serta memainkan peranan seperti yang dipersetujui menerusi komitmen bersama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Alam Sekitar ASEAN Campur Tiga (APT-EMM) di sini, semalam.
Beliau turut menegaskan bahawa kehilangan biodiversiti menjadi kebimbangan besar, khususnya akibat pembalakan dan penebangan hutan yang menjejaskan khazanah hutan negara.
"Apabila berlaku penebangan thutan secara berleluasa, biodiversiti turut terjejas dan akhirnya hilang," katanya.
Mengenai pencemaran, Johari berkata penggunaan plastik perlu dikawal kerana memberi kesan jangka panjang terhadap alam sekitar.
"Plastik sukar diuraikan. Sebab itu saya tekankan keperluan mencari penyelesaian terhadap isu plastik," jelasnya.
Beliau turut menegaskan pendirian kerajaan untuk menghentikan kemasukan plastik dan sisa dari luar negara atas alasan ekonomi kitaran.
"Kita tidak boleh menerima sisa plastik dari luar dengan alasan kitar semula, kemudian lebihan yang tidak digunakan dibuang di tapak pelupusan. Saya sudah arahkan supaya ia dihentikan," katanya.
Menurut beliau, isu itu turut dipersetujui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menegaskan Malaysia tidak mahu menjadi pusat lambakan sisa plastik dunia.
AMME-18 yang bermula Selasa lalu menghimpunkan menteri alam sekitar ASEAN serta pegawai kanan bagi membincangkan kerjasama serantau ke arah kelestarian dan pengurusan alam sekitar yang inklusif.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JOHARI ABDUL GHANI
#AMME-18
#plastik
#perubahan iklim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan