awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak anjing mati dibelit ular sawa

Sinar Harian
Sinar Harian
24/07/2019
03:01 MYT
Anak anjing mati dibelit ular sawa
Ular sawa berukuran empat meter panjang dengan berat 20 kilogram berjaya ditangkap selepas membelit seekor anak anjing. - Foto Sinar Harian
Seekor anak anjing mati dibelit ular sawa dalam kejadian di sebuah bengkel kenderaan di Bandar Bukit Beruntung kira-kira jam 11.45 malam tadi.
Pemilik bengkel, Sugiendran Thevar, 34, berkata, kelibat reptilia itu disedari pekerja yang kemudian menghubunginya bagi memaklumkan perkara tersebut.
Menurutnya, sebaik tiba di bengkel, dia mendapati ular sawa berkenaan berada di bawah kontena dalam keadaan sedang membelit seekor anak anjing.
"Saya cuba untuk tangkap tapi ular sawa itu bertindak agresif. Saya terus hubungi talian kecemasan 999 sebelum anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) datang.
"Ular itu tidak boleh lari sebab ruang bawah kontena sempit. Saya lega kerana ular tersebut berjaya ditangkap, tapi anak anjing itu tidak dapat diselamatkan," katanya.
Sementara itu, Pegawai Bahagian Operasi APM Hulu Selangor, Leftenan (PA) Ab Azizul Hakim Ab Rahim berkata, sepasukan anggota diketuai Koperal Mohd Firdaus digerakkan ke lokasi bagi memberi bantuan.
Menurutnya, anggota mengambil masa hampir satu jam 30 minit untuk menarik keluar ular tersebut dari bawah kontena yang sempit selain reptilia itu bertindak agresif.
"Ular sawa ini dibawa balik ke Pejabat Daerah Pertahanan Awam (PDPA) Hulu Selangor sebelum dilepaskan ke hutan yang jauh dari penempatan penduduk," katanya.
Topic Berkaitan
#anak anjing
#APM
#bengkel
#kontena
#Sugiendran Thevar
#ular sawa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan