awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Lebih 200 operasi carilamat selamatkan lebih 1,000 nyawa tahun lepas - Maritim Kelantan
MALAYSIA
PMKS perlu bersedia adaptasi ESG atau berisiko terpinggir dalam rantaian bekalan global - Ewon
MALAYSIA
Undang-undang AI perlu disegerakan - Timbalan Menteri Digital
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

'Anak bawah 13 tahun tak perlu ada akaun media sosial' - Fahmi

Asyraf Malik
Asyraf Malik
28/06/2025
08:37 MYT
Sponsor Banner
'Anak bawah 13 tahun tak perlu ada akaun media sosial' - Fahmi
Fahmi Fadzil memberi peringatan tentang bahaya media sosial dalam ucapan perasmian Program Nadi Aspirasi Nasional Bersama Anak Muda (NANBA) pada Sabtu. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menasihati ibu bapa supaya menghalang anak-anak bawah umur 13 tahun daripada memiliki akaun media sosial.

Ringkasan AI
  • Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menasihati ibu bapa agar tidak membenarkan anak bawah umur 13 tahun memiliki akaun media sosial kerana risiko jenayah siber seperti penipuan dan buli dalam talian yang boleh membawa mudarat.
  • Beliau merujuk kes mendiang Rajeswary Appahu (Esha) sebagai contoh kesan buli siber yang serius, dan menegaskan undang-undang kini lebih ketat untuk mengambil tindakan terhadap pelaku.
  • Dari 1 Januari hingga 26 Jun 2025, MCMC telah meminta penurunan 188,528 kandungan media sosial, dengan 90,770 daripadanya berkaitan judi dalam talian; namun kuasa menurunkan kandungan terletak pada platform itu sendiri.

Menurut beliau, berdasarkan penelitian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), berlaku terlalu banyak jenayah dalam media sosial yang boleh membawa mudarat kepada kanak-kanak.
"Penipuan dalam talian, buli siber dan macam-macam lagi. Jika masih ingat, kes pempengaruh media sosial... mendiang Rajeswary Appahu, atau Esha. Mendiang dibuli bertubi-tubi sehingga dia membuat keputusan sedemikian.
"Hari ini undang-undang lebih ketat dan kita boleh mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan buli siber," ujarnya dalam ucapan perasmian Program Nadi Aspirasi Nasional Bersama Anak Muda (NANBA), di sini pada Sabtu.
Esha ditemui maut di kediamannya di Setapak, Kuala Lumpur pada 5 Julai 2024, selepas sehari membuat laporan ugutan jenayah dan fitnah terhadap dirinya.
Mengulas lanjut, Fahmi berkata, dari 1 Januari hingga 26 Jun 2025, sebanyak 188,528 kandungan platform media sosial diminta oleh MCMC untuk diturunkan.
"Daripada jumlah itu, 173,642 kandungan sudah dipersetujui platorm media sosial terbabit untuk diturunkan atas sebab melanggar undang-undang.
"Kandungan tertinggi yang diturunkan melibatkan judi dalam talian iaitu sebanyak 90,770.
"Sukacita diingatkan lagi, hanya platform media sosial mempunyai kuasa untuk menurunkan sesuatu kandungan itu, MCMC sekadar menyampaikan aduan," jelas Fahmi.
Topic Berkaitan
#MCMC
#Fahmi Fadzil
#akaun media sosial
#keselamatan kanak-kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami