Skip to main content

Hiburan

Pengarah LOTR Peter Jackson terima anugerah berprestij daripada 'Frodo' di Cannes 2026

New Zealand filmmaker Peter Jackson poses as he receives an Honorary Palme d'Or Award during the opening ceremony and the screening of the film "La Venus electrique" (The Electric Kiss) Out of competition at the 79th Cannes Film Festival in Cannes, France, May 12, 2026. REUTERS/Gonzalo Fuentes
Jackson (foto) menerima anugerah Honorary Palme d’Or sempena majlis pembukaan Festival Filem Cannes ke-79 di Teater Grand Lumière, Palais des Festivals, pada Selasa. -Foto Reuters

CANNES: Pengarah filem New Zealand, Sir Peter Jackson, menerima anugerah Honorary Palme d’Or sempena majlis pembukaan Festival Filem Cannes ke-79 di Teater Grand Lumière, Palais des Festivals, pada Selasa.

Anugerah pencapaian sepanjang hayat itu disampaikan pelakon Elijah Wood, yang terkenal menerusi watak Frodo Baggins dalam trilogi The Lord of the Rings (LOTR) arahan Jackson.

“Saya masih belum menemui jawapan mengapa saya menerima anugerah ini. Saya bukanlah pengarah yang sering dikaitkan dengan Cannes,” kata Jackson dalam ucapannya.

Kemunculan kedua-dua figura itu di pentas sama mencuri perhatian peminat industri perfileman, sekali gus mengimbau kerjasama mereka dalam trilogi fantasi yang diterbitkan lebih dua dekad lalu.

Dalam ucapan pengenalan, Wood turut mengimbas detik beliau ditawarkan watak Frodo pada usia 18 tahun, yang disifatkannya sebagai titik perubahan penting dalam kerjaya lakonannya.

Majlis itu turut diserikan dengan persembahan lagu "Get Back" oleh kumpulan The Beatles sebagai penghormatan kepada siri dokumentari arahan Jackson yang mendapat pujian pada 2021, menurut laporan media antarabangsa.

Acara pembukaan festival itu turut menyaksikan pelakon veteran Hollywood Jane Fonda bersama pelakon Gong Li merasmikan festival berprestij berkenaan.

 

Must Watch Video