awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak bekas Presiden Pas dilantik Mufti Wilayah Persekutuan baharu

Sinar Harian
Sinar Harian
26/05/2025
08:37 MYT
Anak bekas Presiden Pas dilantik Mufti Wilayah Persekutuan baharu
Pelantikan Ahmad Fauwaz sebagai Mufti Wilayah Persekutuan baharu diumumkan dalam Facebook Jakim.
KUALA LUMPUR: Pendakwah terkenal, Ahmad Fauwaz Fadzil telah dilantik sebagai Mufti Wilayah Persekutuan yang baharu berkuat kuasa 23 Mei 2025.

Ringkasan AI
  • Ahmad Fauwaz Fadzil dilantik sebagai Mufti Wilayah Persekutuan berkuat kuasa 23 Mei 2025, seperti diumumkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
  • Beliau berkelulusan dalam bidang Syariah dari Universiti Al-Azhar dan Universiti Malaya, serta pernah menjalani latihan kefatwaan di Dar al-Ifta, Mesir.
  • Ahmad Fauwaz juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas berkaitan pemulihan akidah dan merupakan anak kepada bekas Presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor.

Pelantikan sarjana Islam yang juga anak kepada bekas Presiden Pas, Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor itu diumumkan melalui Facebook Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
"Ketua Pengarah dan seluruh warga Jakim merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Sahibus Samahah Ahmad Fauwaz atas pelantikan sebagai Mufti Wilayah Persekutuan berkuat kuasa mulai 23 Mei 2025.
"Semoga Allah SWT mempermudah segala urusan dan mengurniakan kekuatan dalam memikul amanah besar itu demi kemaslahatan ummah dan negara," menurut hantaran tersebut pada Isnin.
Ahmad Fauwaz merupakan Ahli Lembaga Pengarah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan memiliki kelulusan dalam bidang Syariah dari Universiti Al-Azhar serta Universiti Malaya, selain menjalani latihan kefatwaan di Dar al-Ifta, Mesir.
Pada Oktober lalu, kerajaan melantik Ahmad Fauwaz Fadzil sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas bagi menyediakan sukatan pelajaran pemulihan akidah mangsa dan pengikut GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH).
Untuk rekod, Ahmad Fauwaz juga merupakan adik kepada Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Muhammad Faiz Fadzil. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Mufti Wilayah Persekutuan
#Anak bekas Presiden Pas
#Ahmad Fauwaz
#Fadzil Mohd Noor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan