PETALING JAYA: Hasrat seorang lelaki kurang upaya (OKU) mengumpul wang sempena menyambut Aidilfitri musnah apabila menjadi mangsa penipuan sindiket pemerdagangan manusia di sempadan Myanmar-Thailand sejak tiga minggu lalu.
Mangsa berusia 28 tahun itu, dijanjikan upah lumayan untuk bekerja di Myawaddy, namun dia telah dipaksa menjadi ejen sindiket penipuan di negara jiran.
Ibu kepada mangsa Nur Aniyah Matramin, 54, berkata, anaknya ditawarkan kerja sebagai jurubina dengan gaji RM10,000 selama seminggu.
Menurut peniaga yang berasal dari Kampung Baru itu, anaknya berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 10 Mac dan selepas itu mangsa gagal dihubungi oleh ahli keluarga.
Walau bagaimanapun, pada minggu lalu sekitar jam 3 pagi mangsa menghubungi ibunya menerusi pesanan suara aplikasi WhatsApp untuk meminta bantuan.
“Anak saya berjanji untuk pulang ke Malaysia pada 15 Mac, namun sindiket itu kata sama ada 16 atau 18 Mac baru anak saya balik, tapi sehingga hari ini dia tidak pulang.
“Individu yang tawarkan pekerjaan ini ialah kawan baik anak saya. Dia bekerja sebab nak kumpul duit belanja Aidilfitri.
"Telefon dia hilang selepas tiba di sana dan menghubungi saya menggunakan telefon kawan dia. Itu pun secara sembunyi selepas beberapa minggu gagal hubungi dia.
“Anak saya mengadu diseksa, dipukul dan dipaksa makan daging babi,” katanya dalam sidang akhbar di Restoran Uncle Lim’s, Sea Park, di sini pada Selasa.
Turut hadir Timbalan Cabang Keadilan Segambut, Derick Teh.
Dalam pada itu, menurut abang ipar mangsa, Abdul Rahim, 35, susulan kegagalan menghubungi mangsa, ahli keluarga telah membuat dua laporan polis.
Ujarnya, menerusi pesanan suara yang dihantar oleh mangsa, keluarga perlu membayar wang tebusan sebanyak AS$8,000 atau bersamaan RM39,000.
“Ahli keluarga sudah membuat laporan polis dan kami diminta untuk menunggu tindakan susulan daripada pihak berkuasa.
“Kalau boleh saya minta kerajaan bantu adik ipar saya kembali ke pangkuan keluarga. Dia nak menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan mak,” ulasnya.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Pertubuhan Kemanusiaan Malaysia (MHO), Daniel Khoo berkata, golongan belia yang ingin bekerja di luar negara perlu memeriksa butiran permit di pejabat Kementerian Luar Negeri.
Tambah beliau, setiap keputusan yang dibuat perlu mendapatkan pandangan ibu bapa atau orang terdekat.
“Saya ingin menasihatkan anak-anak muda di luar sana supaya tidak terburu-buru dalam membuat keputusan berkaitan tawaran kerja di negara jiran.
“Keadaan ekonomi negara baru sahaja pulih, jadi saya harap semua bersabar dan jangan membuat keputusan melulu,” katanya.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Mar 26 2024
Dari kiri) Derick, Nur Aniyah, Abdul dan Daniel dalam sidang akhbar di Restoran Uncle Lim's, Sea Park, Petaling Jaya pada Selasa. - Foto Sinar Harian
Sesi meja bulat nyata komitmen pelaburan dengan Qatar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi komitmen Malaysia untuk mengukuhkan hubungan dua hala dengan Qatar, khususnya dalam perdagangan dan pelaburan.
[TERKINI] Lawatan ke Qatar berjaya jana potensi eksport RM700 juta
Lawatan ringkas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Qatar telah berjaya menjana potensi eksport barangan dan perkhidmatan bernilai kira-kira RM700 juta.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata komitmen eksport itu diterima daripada pelbagai pemimpin utama industri Qatar semasa mesyuarat meja bulat perniagaan bersama Perdana Menteri.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata komitmen eksport itu diterima daripada pelbagai pemimpin utama industri Qatar semasa mesyuarat meja bulat perniagaan bersama Perdana Menteri.
Penambahbaikan sistem TH bantu jemaah akses lebih pantas
Buat kali pertama, TH guna Content Delivery Network atau 'cloud' ditambah baik untuk diaplikasikan ke dalam semua sistemnya.
Persefahaman rakan gabungan: PM yakin untuk terus laksanakan pembaharuan
Semua parti di bawah gabungan itu terus berusaha melakukan pembaharuan, terutama dalam memastikan kesejahteraan rakyat.
30 CEO TVET swasta Malaysia adakan lawatan ke China
Menerusi lawatan berkenaan kesemua institusi TVET tempatan akan menandatangani MoU dengan lima buah institusi TVET China.
Lawatan Anwar ke Qatar berjaya jana potensi eksport bernilai RM700 juta - Tengku Zafrul
Komitmen eksport itu diterima daripada pelbagai pemimpin utama industri Qatar semasa mesyuarat meja bulat perniagaan.
Pemimpin utama industri Qatar hadiri mesyuarat meja bulat dengan PM Anwar
Syarikat yang menghadiri pertemuan meja bulat itu kebanyakannya daripada sektor perkhidmatan, pembuatan serta pelaburan.
LKIM cadang bina slipway di Labuan
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bercadang membina satu lagi 'slipway' di Kompleks LKIM Labuan bagi mengatasi masalah kesukaran membaiki bot nelayan di kawasan berkenaan.
Mad Saril ubah tempurung jadi kraf tangan cantik, bernilai
Seorang bekas pekerja swasta di Bagan Datuk mengubah tempurung dan batang kelapa menjadi barangan dan kraf tangan bernilai tinggi.
KADA perluas 80 hektar padi di Pasir Puteh menerusi Program SMART SBB
KADA akan memperluaskan Program SMART SBB seluas 80 hektar lagi di kawasan seliaannya di sini pada musim hadapan bagi membantu lebih ramai pesawah menjana pendapatan lebih lumayan.
'Anak diseksa, dipukul, dipaksa makan daging babi' - Ibu
Hasrat seorang lelaki OKU mengumpul wang sempena Aidilfitri musnah apabila menjadi mangsa penipuan sindiket pemerdagangan manusia di sempadan Myanmar-Thailand.