KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri di dalam kereta di kawasan parkir Hospital Shah Alam.
Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim, pihaknya menerima laporan daripada Pegawai Perubatan Hospital Shah Alam, pada jam 8.01 malam, Selasa lalu.
"Hasil siasatan mendapati mangsa ditinggalkan oleh ibunya, yang juga kakitangan hospital berkenaan, secara tidak sengaja, di dalam kenderaan jenis Axia, selepas ibunya mengambilnya dari sebuah taska berdekatan tempat kejadian, pada jam 2 petang.
"Semasa ditinggalkan, mangsa dalam keadaan tertidur dan enjin kereta dimatikan.
"Setelah dihubungi oleh suaminya barulah ibu mangsa menyedari kejadian tersebut pada jam 6 petang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd Iqbal berkata, mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Kecemasan hospital tersebut dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia setelah usaha menyelamatkan mangsa dijalankan.
"Bedah siasat dijalankan pada keesokan hari (Rabu) namun keputusan masih belum dikeluarkan.
"Pemeriksaan ke atas mangsa juga didapati tiada mempunyai sebarang kecederaan luaran mahupun dalaman," ujarnya.
Mohd Iqbal berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000, atau dipenjara tidak melebihi 20 tahun, atau kedua-duanya.
"Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati semasa mengambil anak-anak mereka pulang dari sekolah atau taska, terutamanya yang masih kecil, supaya kejadian seperti ini tidak berulang lagi.
"Mana-mana individu yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini boleh menghubungi Inspektor Syer Aidid di talian 013-6544996," katanya.
Astro Awani
Wed Jan 31 2024
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Hasrat Ami bawa keluarga bercuti tidak kesampaian - Kakak
Kakak kepada Allahyarham berkongsi adiknya itu sering meluahkan hasrat berkenaan ketika membuat panggilan video bersama keluarga.
Ahli Parlimen, ADUN Bersatu diberi tempoh 14 hari nyata pendirian - Hamzah
Semua wakil rakyat Bersatu termasuk enam Ahli Parlimen dan ADUN yang berpaling tadah dengan menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan diberi tempoh 14 hari untuk menyatakan pendirian mereka.
Resit tular: Polis rekod keterangan lapan individu
Polis telah merekodkan keterangan lapan individu bagi membantu siasatan berhubung kes resit yang didakwa tertera perkataan menghina Islam.
PM Anwar tiba di Uzbekistan untuk lawatan rasmi tiga hari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini hari ini untuk memulakan lawatan rasmi tiga hari ke Uzbekistan.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Penduduk terkejut, bimbang
Penduduk kampung Afiq Ibrahim, 19, bimbang dengan kejadian terbabit yang pertama kali berlaku dan mahu kawalan keselamatan dipertingkatkan.
Impak lawatan PM kepada perdagangan, pelaburan Malaysia
Temu bual bersama Pengarah Urusan CSQ International Consulting, Shamsul Qamar Abd Rani dalam melihat kepada impak perdagangan dan pelaburan Malaysia susulan lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Penolong pegawai mengaku tidak bersalah kemuka tuntutan palsu, salah guna harta
Seorang penolong pegawai Jabatan Perangkaan Negeri Melaka berhadapan enam pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu dan menyalahgunakan harta.
Pantau Agenda Reformasi: Apa kedudukan 6 MP & 1 ADUN Bersatu?
Saya ingin bersama dengan Dr Mohammad Tawfik Yaakub, Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Pentadbiran & Politik, Universiti Malaya
Malaysia, Kazakhstan sepakat perkukuh hubungan, teroka kerjasama baharu
Malaysia dan Kazakhstan sepakat untuk terus memperkukuhkan hubungan yang terjalin sejak 16 Mac 1992, serta meneroka peluang kerjasama baharu.
Pecah amanah: JSJK dedah dua kes baharu oleh firma guaman, pelanggan rugi RM8 juta
JSJK mendedahkan dua kes terbaharu membabitkan jenayah pecah amanah oleh firma guaman melibatkan kerugian wang pelanggan berjumlah RM8 juta.
Anak kakitangan hospital maut, tertinggal 4 jam dalam kereta diparkir
Hasil siasatan mendapati mangsa ditinggalkan oleh ibunya secara tidak sengaja di dalam kenderaan selepas mengambilnya dari taska berdekatan.