MALAYSIA
Anak kucing terpaksa tahan sakit seharian, kepala tersekat di lubang sinki

Pihaknya terpaksa menggunakan alat khas untuk memecahkan saluran sinki dan menyelamatkan anak kucing terbabit. - Foto Bomba Johor
Hanya simpati yang dapat diucapkan apabila melihat seekor anak kucing yang terpaksa menahan kesakitan hampir seharian.
Semuanya gara-gara kepala kucing berbelang coklat hitam itu tersekat di lubang sinki jenis mozek di Taman Pulai Indah, Johor Bahru.
Menurut Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba Dan Penyelamat (BBBP) Skudai, Suraini Adnan sebelum itu pihak bomba menerima panggilan dari jiran belakang rumah tempat dimana anak kucing itu tersekat.

Pihaknya terpaksa menggunakan alat khas untuk memecahkan saluran sinki dan menyelamatkan anak kucing terbabit. - Foto JBPM Johor
Katanya panggilan dibuat pada jam 3 petang Rabu dan tujuh anggota serta sebuah jentera digegaskan ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat.
Pada awalnya, Suraini berkata anggota cuba mengeluarkan kepala anak kucing itu menggunakan tangan.
Namun tidak berjaya kerana bahagian telinga kucing tersebut telah membengkak.

Kucing itu telah berjaya diselamatkan dan tidak mengalami luka atau kecederaan. - Foto JBPM Johor
Pihaknya terpaksa menggunakan alat khas untuk memecahkan saluran sinki dan menyelamatkan anak kucing terbabit.
Kucing itu telah berjaya diselamatkan dan tidak mengalami luka atau kecederaan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami