KUALA LUMPUR: Anak kepada bekas Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas tuduhan penyalahgunaan dadah di sebuah hotel terkemuka dalam kejadian dua tahun lalu.
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lapan bulan yang dikenakan Mahkamah Majistret terhadap Ahmad Saiful Islam, 33, selepas membenarkan rayuan dikemukakan perayu.
Ahmad Saiful Islam, 33, yang kelihatan ceria bersama peguam, ketika ditemui di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini berkata, tiada apa yang perlu diulas kecuali satu ayat.
“Apa pun mereka bilang, tekad ku takkan hilang, jalan ku masih panjang, garis akhir yang ku pandang,” katanya.
Pada pagi ini, mahkamah melepas dan membebaskannya daripada tuduhan penyalahgunaan dadah di sebuah hotel terkemuka, dua tahun lalu.
Ia selepas Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membenarkan rayuan dikemukakan oleh anak ahli politik itu selaku perayu bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lapan bulan yang dikenakan Mahkamah Majistret tahun lalu.
Mengikut pertuduhan, Ahmad Saiful Islam didakwa menggunakan dadah jenis THC di sebuah hotel di sini pada jam 2.05 pagi, 5 Januari 2019.
Berdasarkan notis rayuan difailkan pada 2 Julai tahun lepas, Ahmad Saiful Islam merayu terhadap keputusan Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim pada 24 Jun tahun lalu yang mensabitkan perayu dengan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan menghukumnya dengan penjara selama lapan bulan.
Mohamad Aizat menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Saiful Islam, 33, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Mahkamah juga mengarahkannya menjalani dua tahun pengawasan di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) serta polis sejurus selesai menjalani hukuman penjara itu.
Ahmad Saiful Islam diperintah menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh keputusan.
Bagaimanapun mahkamah membenarkan permohonannya untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.
Dia diperintahkan membayar wang jaminan RM9,000 serta menyerahkan pasport kepada mahkamah selain perlu melapor diri sebulan sekali di balai polis berdekatan.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Oct 27 2021
Ahmad Saiful (kanan) dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan penyalahgunaan dadah di sebuah hotel dua tahun lalu. --fotoBERNAMA
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan dengan kerjasama Watsons Malaysia kepada Women of Will (WOW) dan Perstuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Anak Mat Sabu bebas kes dadah
Hakim mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lapan bulan yang dikenakan Mahkamah Majistret terhadap Ahmad Saiful Islam.
Keputusan rayuan anak Mat Sabu terhadap sabitan, hukuman bagi kes dadah 27 Okt ini
Mahkamah Tinggi menetapkan 27 Okt untuk keputusan rayuan anak Mohamad Sabu, Ahmad Saiful Islam bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lapan bulan kerana penyalahgunaan dadah.
Kes dadah anak Mat Sabu: 8 Ogos tarikh pengurusan kes
Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim menetapkan perkara itu selepas sebutan semula kes pada Selasa.