awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak Mat Sabu diarah bela diri tuduhan dadah

Isabelle Leong
Isabelle Leong
03/01/2020
02:04 MYT
Anak Mat Sabu diarah bela diri tuduhan dadah
Ahmad Saiful Islam (kanan) diarah membela diri berhubung pertuduhan penyalahgunaan dadah. -Astro AWANI
Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Jumaat memerintahkan anak lelaki Menteri Pertahanan, Ahmad Saiful Islam Mohamad untuk membela diri berhubung pertuduhan penyalahgunaan dadah.
Keputusan dibuat Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim terhadap Ahmad Saiful Islam selepas pihaknya meneliti hujah, keterangan dan rangkaian keterangan oleh enam saksi.
“Daripada keterangan, mahkamah mendapati rantaian kes pendakwaan tidak pernah terputus dan kes siasatan berjalan dengan teratur.
“Setelah meneliti dan mempertimbangkan keterangan dan hujah, mahkamah memutuskan pendakwaan berjaya membuktikan prima facie dan tertuduh diperintah membela diri,” kata Mohamad Aizat.
Ahmad Saiful Islam, yang diwakili peguam bela Nazar Khan, diperintah untuk hadir membela diri pada 13 Februari depan pada jam 10.30 pagi.
Terdahulu, Ahmad Saiful Islam hadir ke mahkamah pada jam 9.09 pagi berpakaian kemeja-T berwarna merah putih dan seluar hitam.


Tertuduh sebelum ini mengaku tidak bersalah di mahkamah sama pada 13 Jun 2019 atas tuduhan menyalahgunakan dadah di sebuah pusat hiburan di ibu negara pada Januari tahun lalu.


Dia ditahan dalam Op Pusat Hiburan Bersepadu oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, pada jam 12.30 tengah malam.


Jika sabit kesalahan, Ahmad Saiful Islam boleh dipenjara dua tahun atau denda hingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya.
Topic Berkaitan
#Ahmad Saiful Islam
#Mahkamah Majistret Kuala Lumpur
#Mat Sabu
#Mohamad Aizat
#pendakwaan
#penyalahgunaan dadah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan