awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
VM2026 di KL Sentral: Pelawat teruja terima cenderamata, akui rakyat Malaysia peramah
VM2026: LADA rancang 50 acara besar, tonjol tarikan asli Langkawi
KKM nafi Klinik Kesihatan tidak lagi terima pesakit 'walk-in'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak muda disaman, VVIP tidak dikenakan tindakan - Syed Saddiq 'tegur' PDRM

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
09/08/2020
11:06 MYT
Anak muda disaman, VVIP tidak dikenakan tindakan - Syed Saddiq 'tegur' PDRM
Syed Saddiq kesal dengan insiden pelajar didenda kerana membuka pelitup muka. - Astro AWANI/Shahir Omar
Tegas dalam menjalankan undang-undang namun, sikap belas kasihan sesama manusia masih perlu ada.
Itu luahan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhubung seorang individu yang disaman kerana gagal mengenakan pelitup muka dengan sempurna, seperti yang tersebar dalam sebuah video di media sosial.
"Saya faham yang PDRM hanya menjalankan tugas menjaga undang-undang.
"But this is not fair! Anak muda yang sekadar buka mask sekejap disaman, tapi VVIP yang bergambar di tempat sesak langsung tak dikenakan tindakan.
"Kita sesama manusia. Perlu ada belas ihsan. Compassion," tulis bekas Menteri Belia dan Sukan itu di Twitter.
MashaAllah. Saya faham yang PDRM hanya menjalankan tugas menjaga undang2 But this is not fair! Anak muda yang sekadar buka mask sekejap disaman, tapi VVIP yang bergambar di tempat sesak langsung tak dikenakan tindakan. Kita sesama manusia. Perlu ada belas ihsan. Compassion. https://t.co/PDvQdeKO1u
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) August 9, 2020
Dalam video yang tular itu, individu yang dipercayai pelajar itu didenda RM1,000 kerana membuka pelitup muka ketika berada di platform menunggu di sebuah stesen kereta api.
Remaja itu yang dilihat menangis, mendakwa dia menurunkan pelitup muka ke bahagian dagu buat seketika kerana gatal.
Bagaimanapun, seorang pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengatakan bahawa orang awam sering memberi alasan yang sama.
Tambahnya, peraturan mengenai pelitup muka menyatakan ia harus dipakai setiap masa di tempat awam yang sesak.
Topic Berkaitan
#media sosial
#PDRM
#pelajar
#pelitup muka
#pelitup mulut dan hidung
#Polis Diraja Malaysia
#Syed Saddiq Abdul Rahman
#Twitter
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan