awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak muda pemangkin legasi Komanwel

Astro Awani
Astro Awani
19/02/2020
13:45 MYT
Anak muda pemangkin legasi Komanwel
Scotland menekankan anak muda perlu diberi sokongan untuk meneruskan legasi perjuangan komanwel. -
Gabungan Komanwel mempunyai suara yang besar dalam membawa satu-satu mesej, namun hubungan antara negara terlebih dahulu perlu mempunyai penyatuan yang kukuh.
Kekukuhan itu akan menjamin kedudukan Komanwel sebagai pembuka jalan penyelesaian kepada apa sahaja isu berbangkit.
Untuk mencapai hasrat itu, Setiausaha Agung Komanwel, Patricia Scotland, menekankan betapa anak muda memainkan peranan besar dan perlu diberi sokongan untuk meneruskan legasi perjuangan Komanwel.
"Kira-kira 60 peratus penduduk Komanwel di bawah usia 30 tahun dan mereka adalah sumber paling berharga yang kita miliki.
"Sebab itu kita berhutang dengan mereka. Jika kita tidak mendidik mereka, memupuk mereka, menyokong mereka, jika kita buat mereka hilang harapan dan bukan berharap, kita tidak mempunyai kelebihan lagi sebaliknya kita akan ada kesukaran di masa hadapan," kata Scotland.
Menurut Scotland, Komanwel menjunjung tinggi prinsip saling menghormati yang wujud hasil daripada proses rundingan dan perbincangan bersama.
"Saya rasa ini cara paling terhormat, proses rundingan bukan sahaja membuat kita teruja tetapi ia adalah proses paling manusiawi dan paling berjaya dalam membawa keamanan kepada dunia kita yang semakin membimbangkan," tambah beliau.
Scotland berkata demikian ketika diwawancara oleh Ketua Pengarang Astro AWANI, Kamarul Bahrin Haron, dalam program Perspektif yang disiarkan pada Rabu.
Beliau berada di negara ini untuk menyertai forum Faith in the Commonwealth - Commonwealth Call For Peace, Understanding and Rahmah (Mercy) di ibu negara, minggu lalu.
Topic Berkaitan
#anak muda
#Belia
#Kamarul Bahrin Haron
#komanwel
#Patricia Scotland
#Perspektif
#Setiausaha Agung Komanwel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan