Anak kepada pasangan suami isteri yang meninggal dunia ketika mengerjakan ibadah umrah awal bulan ini, bersyukur kerana hasrat terakhir ibunya itu untuk menjejakkan kaki ke tanah suci menjadi kenyataan, walaupun sedih dengan kehilangan kedua-duanya serentak.
Daniall Eman Nur Hazreen Jeffery, 24, berkata ibunya, Rose Hasnita Ahmad, 47, melahirkan hasrat untuk mengerjakan umrah bersama suami, Fouad Skh Mohamed, 44, yang juga bapa tirinya, sejak 10 tahun lepas namun hasrat berkenaan hanya mampu ditunaikan tahun ini setelah beliau bekerja selama tiga tahun dengan sebuah syarikat perkapalan antarabangsa di Perancis.
"Mama dah lama teringin nak ke Mekah..sejak saya di Tingkatan Dua lagi tapi masa itu memang saya tidak ada duit dan selepas bekerja pun saya beritahu hanya mampu menghantarnya untuk mengerjakan umrah dahulu.
"Memang saya tidak sangka akan kehilangan kedua-duanya...itu berita sedih yang terpaksa saya terima namun saya bersyukur dapat menunaikan hajatnya dan sepanjang Mama dan Ayah di sana, mereka betul-betul gembira," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Cek Faedah Pengurusan Mayat oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di Taman Tanjung Minyak Utama di sini, pada Khamis.
Penyerahan Cek Faedah Pengurusan Mayat bernilai RM2,000 itu disampaikan Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed kepada keluarga Fouad.
Rose Hasnita dan Fouad berangkat menunaikan umrah pada 27 Okt lepas dan sepatutnya pulang ke tanah air pada 7 Nov lepas.
Bagaimanapun, ketika menunaikan ibadah berkenaan, Fouad meninggal dunia di Mekah pada 6 Nov selepas mengalami demam, sesak nafas dan batuk berdarah sebelum isterinya meninggal dunia di Jeddah sehari kemudian akibat demam panas dan sesak nafas.
Berita pasangan berkenaan tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi masyarakat negara ini yang rata-ratanya menzahirkan rasa simpati dan sedih atas pemergian tersebut.
Daniall Eman Nur Hazreen, yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik berlainan bapa itu, berkata beliau yang berada di Perancis atas urusan kerja dimaklumkan tentang pemergiaan ibu bapanya oleh kakaknya, Nurul Atasha Esa, 29, melalui aplikasi WhatsApp.
Katanya, sebaik menerima berita tersebut beliau bergegas pulang dan tiba di tanah air pada 10 Nov lepas dan perkara pertama yang difikirkan ialah penerimaan adiknya, Nurul Eman Heleesyah Fouad, 8 tahun, atas kehilangan tersebut kerana dia sangat rapat dengan ibu dan ayahnya.
Sementara itu, Mohammed Azman berkata, Fouad yang bekerja sendiri itu layak menerima faedah pengurusan mayat dan pencen penakat atas syarat tertentu walaupun beliau telah berhenti mencarum pada 2014.
Beliau berkata selain keluarga berkenaan menerima faedah pengurusan mayat, anak bongsu kepada pasangan tersebut, Nurul Eman Heleesyah akan mendapat pencen bulanan sebanyak RM682.50 sehingga kanak-kanak itu berusia 21 tahun atau menamatkan pengajian di peringkat ijazah. -- Bernama
Bernama
Thu Nov 15 2018
Daniall Eman (kanan), Nurul Eman (tengah) dan Nurul Atasha melihat gambar ibu dan bapa mereka yang meninggal dunia ketika menunaikan umrah pada awal bulan lepas, ketika ditemui selepas kunjungan Perkeso pada Khamis. - Foto BERNAMA
MTDC Sokong Peluncuran Dana MySTI, Perkasa Teknologi Tempatan
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) MySTI, sebuah iniasitif baharu bagi mempercepatkan usaha pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Waris penghantar makanan bersyukur terima faedah Perkeso
Kejadian tersebut membolehkan warisnya untuk menerima Faedah Pencen Penakat dan Faedah Orang Tanggungan (FOT), selain turut menerima Faedah Pengurusan Mayat (FPM) berjumlah RM2,000.
Pemandu teksi, e-hailing disasar mencarum tahun hadapan
Setakat ini hanya 7,000 atau tujuh peratus daripada semua pemandu teksi dan perkhidmatan e-hailing mencarum dengan Perkeso.