awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak pengasuh direman kes liwat budak lelaki 4 tahun

Sinar Harian
Sinar Harian
08/12/2024
10:05 MYT
Anak pengasuh direman kes liwat budak lelaki 4 tahun
Lelaki yang disyaki meliwat seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, Oktober lalu ditahan reman empat hari.
JOHOR BAHRU: Seorang pekerja kilang direman selama empat hari bermula Ahad bagi membantu siasatan kes meliwat kanak-kanak berusia empat tahun pada Oktober lalu.
Perintah reman ke atas pemuda berusia 23 tahun itu itu dikeluarkan Majistret R Salini bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan.
Sebelum itu, suspek berpakaian lokap polis berwarna ungu dibawa ke mahkamah pada Ahad untuk mendapatkan perintah reman itu selepas ditahan polis pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat dalam kenyataannya memberitahu suspek warga tempatan itu ditahan di kawasan Taman Perindustrian Tampoi Jaya di sini, kira-kira jam 3.20 petang.
Beliau memberitahu, siasatan awal mendapati suspek adalah anak kepada pengasuh mangsa yang telah dijaga sejak dua tahun lalu dan mangsa dipercayai diliwat sebanyak dua kali sekitar Oktober lalu.
Hasil ujian saringan awal air ke atas suspek didapati negatif dadah. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#anak pengasuh
#Kanak-kanak
#kes liwat
#Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan